Saturday, October 5, 2013

Buttered Prawn

Assalamualaikum,
entry hari ni pasal menu butter prawn. Aritu ada orang dari Terengganu jual ikan, sotong mcm2 seafood fresh dari laut...tapi dek kerana ikan byk lagi kt umah jadinya Mamaz beli udang jela walaupun kt umah ni tak laku sgt udang...so arini kebetulan abg long, kakak ipar dan anak2 datang so masakla udang ni...
Jom try...

Bahan:

1 kg      Udang
1/4 Bar Butter
1/4 tin   Susu Cair
2@3 biji   Telur Kuning
Sedikit Hirisan Daun Limau Purut @ 1 ranting Daun Kari
Sedikit Serbuk kari
Sedikit Garam ( Hati2 takut butter mmg dah masin)

Cara Masak:

  1. Tuang susu cair dalam periuk dengan api perlahan.
  2. Masukkan butter dalam periuk yang mengandungi susu cair tersebut.
  3. Setelah butter cair masukkan udang dan hirisan daun limau purut, serbuk kari dan sedikit garam.
  4. Kacau sehingga udang masak dan kuah dah sebati dengan udang.(tinggalkan sikit kuah butter tu dalam 5 sudu besar).
  5. tinggalkan seketika udang tersebut.
  6. Campurkan kuning telur dengan lebihan kuah tadi kacau mcm nk buat telur dadar tu.
  7. Guna satu lagi kuali dan cairkan butter smpi jadi minyak, selepas tu masukkan dalam kuali sedikit demi sedikit telur tadi mcm nak buat titisan roti jala. Selepas abis telur tu masukkan udang tadi dan gaul sehingga agak telur tu garing sedikit.
  8. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...