Wednesday, February 8, 2017

My Cat Name Myeongdong



Assalamualaikum wbth.

Sekarang anak dara kita dah besar tau...tu gambar dengan anak bongsu saya yang nama dia Myeongdong sempena nama kawasan shopping kosmetik kesukaan wanita di Korea.

Itupun sebab tak boleh 'move on' balik dari Korea masa musim bunga tahun 2015 dulu sampai ke nama kucing pun nak guna nama tempat di sana. Pasal Korea tu nanti kita cita lain kali la yer...

Terjadinya mula2 nak amik 'anak angkat' ni bila ada cat rescuer serahkan seekor kucing berwarna oren ni...saya namakan Incheon. Incheon ni dijumpai di kawasan parking almanda, tidak boleh berjalan dan makan sendiri.


Keadaan Incheon masa mula bertukar tangan. Very quiet and weak.

Setiap hari kena bawa ke mana2 dan 24 jam berkepit dengan Mamaz.

Ni bff jengah anak angkat Mamaz...berselimut,makan bersuap.
tapi umur tak panjang, doktor kata dia dijangkiti Parvo.

Lepas tu, dapat pulak si budak kecik yang lari macam pel*sit ni.
Nakal tak boleh nak kata..haha...sorry Dong2 boyak(nama panggilan Myeongdong),mama 'ter'mengumpat lak. Ni student kat Kg. Bahru KL yang jumpa dan berikan pada saya.

Excited ikut g UiTM Shah tengok tempat kakak dia belajar
Tapi Myeongdong ni memang pandai ambil hati orang, padahal kakak dan papa dia dulu tak berapa suka kucing, sekarang ni diorg yg terlebih2 syg kat Dong2 ni...



Orang selalu confuse ingatkan dia gegurl padahal jantan pasal suka posing ayu mcm ni...


Nampak ni kaki menyibuk duk jengah umah orang sebelah...nak cari geng ahli mesyuarat tingkap la tu...

Nak tau kenapa kadang panggil boyak? tengok la perut tu...kadang2 Mamaz suka gak panggil manja kedondong masa kecik dulu tapi rasanya nak kena tukar nangka pulak kot...haha.

Ni kes buli nak bagi sesuai dengan nama Koreanya iaitu Myeongdong...hihi.

Nak tgk video dan aktiviti Myeongdong lagi? Boleh tengok di sini yer...

#kucingsaya #kucingkesayangan #buahhati #sayangmyeongdong #koreanname #MyCatNameMyeongdong

Sunday, January 8, 2017

Tips Mencegah Virus Zika
=====================
Virus Zika ni menular kerana gigitan nyamuk sama seperti demam denggi, malaria dan sebagainya.
Sebab tu saya ceritakan fakta pasal nyamuk pada status yang sebelum ini supaya kita lebih memahami kenapa tips saya nak bagi ni berkesan. Lebih baik kita mencegah dulu sebelum melarat kan?
Selain cara untuk elakkan pembiakan nyamuk melalui membersihkan kawasan rumah atau longkang, semak samun, takungan air yang bersih termasuk tepi2 bibir besen, baldi atau pasu ialah kurangkan perabot atau kawasan gelap di dalam rumah.
Tips yang saya nak bagi hanya menggunakan bahan seperti dalam gambar di bawah.
1. Yang ni ramai juga dah share tapi tak pasti ada jual di Malaysia
atau tidak. Di Singapura memang ada jual losen ni. Ianya tiada
chemical sesuai untuk kanak2 dan orang dewasa juga.
2. Dulu kalau balik kampung, mak saya akan sapu sejenis ubat
anti -nyamuk sama seperti deodorant Enchanteur ni. Tapi .
selepas dewasa saya tak tau mana nak cari ubat tu so saya
hanya guna deodorant ni dan lumur dekat kaki dan tangan.
Alhamdulillah berkesan.
3. Gunakan pencuci pinggan jenama Joy ni untuk memerangkap
nyamuk. Caranya ialah campurkan cecair Joy ini dan air dengan
nisbah 1:1. Jangan cair sangat atau pekat sangat. Gunakan
bekas yang tidak tinggi lebih kurang 1cm dan boleh diletakkan di
tempat kegemaran nyamuk bersembunyi iaitu almari kasut,
bawah meja dan sebagainya. Cecair joy tu boleh diguna semula
& sekiranya cecair bertukar pekat atau menjadi kering, bolehlah
ditambah sedikit air, cuma pastikan campuran sabun tadi
tidaklah terlalu cair.
Untuk tambahan pengetahuan mengenai nyamuk, Ia tidak suka pada bau aroma buah-buahan, mint, coklat, atau apa2 yang wangi sebenarnya. Selamat mencuba k!


Fraser's Hill with Mr. Dz Asmawi and Friends.

NI POST LAMA YANG TERSANGKUT DI DRAF BLOG NI...HAHA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Lama tak update blog so byk sgt benda tapi tak tau apa yg nak dishare dlu so i share psl pergi Fraser's Hill yang tanpa dirancang. Kebetulan Minggu tu takde kelas hari sabtu tu sebab Cuti Perayaan Deepavali so Jumaat mlm sabtu bertolak ke KEMAMAN, our favourite place utk bercuti coz makanan2 die n dekat ngan Cherating. So pagi sampai terus beli breakfast di Pasar Kemaman dan Makan di tepi Pantai Cherating ala2 piknik lepas tu tidur satu malam kat favourite homestay kitorg gak di Kemaman. Oleh kerana ada kenduri kawin anak kawan ofis hari Ahad tu, apelagi memecut la balik KL terus g makan kenduri...

Masa kat kenduri tu kebetulan budak yang kawin tu staff kepada wife kawan husband. So sambil2 tu berborak la pasal cuti panjang ni sampai hari Selasa (Awal Muharram). Pengantin dan wife kawan husband aku ni keje kat Tourism Selangor so Kak Ema (wife kawan husband) terus tanya pasal Rumah Rehat Sri Berkat under Tourism Selangor ni. Kebetulan ada kosong pada hari Isnin untuk satu malam. OK SET!!!

Planning utama berBBQ di Bukit Fraser...Kami pun balik umah then buat la preparation nak ke Fraser's Hill tapi apa yang ada je la...sebenarnya standby lauk utk nasi sebab hubby ku mmg nak nasi punyeer...so buat yg simple n sesuai ngan nasi putih.


Pais Ikan







Kwn husband yg satu family tu bwk seafood mcm udang n sotong. Abg Bob tak bawak family so temankan si bujang Shahril, atau kitorg panggil die Stad singkatan dari konon ala2 Ustaz gtu...

So sampai2 je terus tgk2 bilik dulu ada 3 jenis iaitu Deluxe, Executive dan Suite. Tapi aku tak sure deluxe tu yang mcmane. So tgk la gambar2 amatur kami ni yer...



yang ni tak ingat ruangan mana


Our Room
Bilik Las Vegas
Depan pintu masuk rumah rehat Abg Bob berselfie


Dry Kitchen
Laman Luar + tempat utk BBQ




















view dari luar...cantikkan?

Pendiangan tapi takleh guna dah so tahan je la kesejukan tu...
Lepas tu, apa lagi semua dh start kelaparan makanlah bekalan2 yg di bawa...

Dalam kelam kabut balik umah tu sempat buat Macaroni Cheese.


Tempat ni memang sesuai untuk orang beristirehat...sunyi dan indah je...nyaman dengan kesejukan semulajadi. So lepak2 time...duk kat gazebo ala2 inggeris sambil baca novel(anakku lah, mama die menghayati pemandangan je...)










pais ikan + ayam










 Lepas check out jalan2 lah...saje tgk tempat ni ala2 inggeris...tapi makan kene ikut waktu klu dh dtg tghr jgn harap la nak order yg breakfast punya...harga pun toksah cakaplah mcm ala2 di UK...huhu...
Bar kaunter Smokehouse



tgh tgk menu tapi sayangnye semua untuk lunch... kitorg nak yg ringan2 je.

BFF hubby, Abg Bad (Husband Kak Ema)

Chef Jemputan Khas abg BOB sampai demam lepas serve kitorg,hehe...

Smokehouse

Ruangan TV

Hmm...BBQ abg Bob.

Tgh hidangkan ikan sweet sour i...

Tgh goreng ikan utk sweet sour...

Tempelan je tu...bukan tolong pun.


Guys style
Us...

Stad goreng apo tu? kopok lekor kami dari Kemaman...




Minum petang kat town Fraser's hill dan baca doa Tahun Baru Awal Muharram 1435



Kami 3 beranak...



Ikan besar dari kuali





ambil angin luar...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...