Wednesday, February 23, 2011

Sesentap (Sensitif)

Salam,
ntah kenapa 2-3 hari ni Mazz rasa cukup sensitif.  
Boleh ker sebab hubby g SSM dgn kawan lelaki die je pn Mazz leh nangis mcm orang putus cinta BF kene rampas orang. Bak kata orang 'Frust Menonggeng'. tapi lepas tertengok gambar ni masa cari gambar2 frust menonggeng kt google terus tergelak,comellll...hihi.

Mungkin gak sebab 2-3 hari ni semua benda yang Mazz rancang untuk dapatkan dalam masa terdekat ni menuju ke jalan buntu. Hmmm....ntah apela salah yang Mazz dah buat ekk? Moga Allah Swt ampunkan segala dosa Mazz.

Hari ni plak dapat surat penilaian prestasi, sekali lagi Mazz menangis sebab bukan tak leh terima cuma rasa sampai tahap ni bos aku nilaikan aku....tahap paling special la mcm i dh buat ofis ni rugi berbillion ringgit,mcm dh menjatuhkan reputasi company dan mcm disiplin aku ni MC smpi 3 bulan,masuk keje lewat dll...

 Padahal,aku sanggup tak breakfast sekadar buat air milo itupun minum kt meja.
tghr pn tak keluar g mana2 just tdo kt basement dlm kete... Admin pn tak leh print report kelewatan jabatan aku yg sekadar 3 org ni sebab takde staf yg lewat....so what do u expect?

Thanks la coz u already tarnished my name.

Thursday, February 17, 2011

Unexplained about....

Ketidaksuburan Yang Tidak dapat Dijelaskan (Unexplained Infertility) 

Selalunya bagi pasangan yang mengalami masalah kesuburan, satu siri ujian akan dijalankan untuk mengetahui sebab mengapa anda sukar hamil.
Walaubagaimanpun, terdapat pasangan walaupun sudah menjalani pelbagai ujian, masih tidak mendapat jawapan yang tepat mengapa mereka gagal hamil. Situasi begini memang menimbulkan frustasi dan rasa tidak puas hati dikalangan pasangan terbabit. Keadaan ini berlaku 10% dari pasangan yang gagal hamil keseluruhannya.
Anda dikatakan mengalami unexplained infertility (UI) sekiranya anda bertelur setiap bulan salur peranakkan sihat dan tidak tersumbat dan juga:
  • Anda tiada endometriosis
  • Anda tidak mempunyai masalah parut pada pelvis
  • Suami mempunyai bilangan sperma yang tinggi dan bermutu

Penyebab yang mungkin

Anda mungkin mengalami penyebab ini sekiranya anda masih tidak dapat hamil:



Ketidaknormalan pada saluran peranakkan (Fallopian Tubes)
Salur fallopian adalah satu struktur pada rahim yang bertindak membawa telur dari ovari ke rahim. Ia mempunyai bentuk seperti jari pada hujung menolong membawa telur dari ovari Ia juga mempunyai struktur seperti bulu halus pada salurannya yang menolong membawa telur atau embro kearah rahim.
Telur yang tidak normal
Walaupun ovari mempunyai beribu- ribu telur, tidak semua dari telur ini sesuai untuk disenyawakan. Telur perlu berada dalam bentuk yang normal, sihat untuk berjaya disenyawakan. Sekiranya anda mempunyai kualiti telur yang tidak baik, sukar untuk anda hamil.
Sindrom ‘Unruptured Luteinized Follicles’
Semasa saat ovulasi, telur anda mungkin terperangkap didalam folikel yang melindunginya dan menghalang dari disenyawakan. Kadang-kadan folikel akan terus jadi cospus luteum sebelum sempat ia pecah menyebabkan telur tidak dapat dikeluarkan dan ovulasi tidak berlaku.
Fasa Luteal tidak normal
Selalunya apabila ovulasi berlaku, fasa luteal bermula. Dalam fasa ini, corpus luteum akan mengeluarkan hormon progesterone yang akan memberikan stimulasi kepada rahim, sebagai persiapan untuk kehamilan. Kadang-kadang terdapat masalah dengan hormon ini yang mungkin naik terlalu cepat atau terlalu perlahan atau mungkin ia tidak dikeluarkan dengan secukupnya. Oleh sebab itu, rahim tidak bersedia sepenuhnya untuk hamil.

Merawat masalah UI

Sekiranya anda mengalami UI, tak sepatutnya anda merasa hilang harapan. Masih ada peluang untuk anda hamil secara semulajadi walaupun tanpa sebarang ubat subur. Peluang anda untuk hamil dalam masa 3 tahun lebih kurang 30 % .
  1. Ubat subur seperti clomiphene citrate boleh menolong ovari supaya mengeluarkan telur lebih dari satu, seterusnya meninggikan peluang untuk persenyawaan.
  2. IUI atau intrauterine insemination ialah satu jenis teknologi reproduksi yang meninggikan peluang sperma bertemu dengan telur. Sperma suami diletakkan kedalam alat catheter selepas persediaaan yang rapi dan dilepaskan kedalam rahim dengan harapan ia akan bersenyawa dengan salah satu telur anda.
  3. IVF atau bayi tabung uji pula boleh menolong sekiranya terdapat masalah dengan salur fallopian atau ovari. Telur dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan didalam tabung uji dengan sperma suami. Sebaik telur tersebut menjadi embrio, ia akan diletakan didalam rahim.

Thursday, February 10, 2011

Sakit Perut Tanda Kanser Perut

SAKIT perut jangan diambil mudah. Mungkin ramai daripada kita bila sakit perut anggap ia tidak serius dan biar hilang sendiri.
Kalau berubat pun memadai dengan menyapu minyak angin atau ambil ubat gastrik.
Tetapi hakikat yang perlu disedari ialah ia mungkin sebahagian daripada petanda awal kanser perut. Ini merupakan kanser ketujuh paling lazim dialami oleh lelaki dan kesepuluh paling lazim bagi wanita di Malaysia.
Berdasarkan statistik, kes kanser perut di negara ini telah meningkat berkali ganda sejak.
Statistik 2006 oleh Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61. 7 peratus daripada pesakit kanser perut. Ini diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).
Pakar Perunding Gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Jepun, Dr. Tekeshi Sano berkata, ramai tersalah anggap mengenai sakit perut sebagai masalah kesakitan biasa ekoran tersilap makan atau terlambat makan.
''Keadaan tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan, ia akan memberikan kesan sehingga membawa maut,''katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


Menurut Dr. Sano, jika seseorang mengalami sakit perut lebih daripada dua kali seminggu secara berterusan ia kemungkinan mereka diserang kanser perut.
''Pemeriksaan awal penting untuk mengenal pasti atau mengesan kanser pada pesakit.
"Walaupun tidak ada gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser perut, namun penyakit ini boleh menyerang tanpa
sebarang tanda.
''Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian,'' ujar beliau.
Jelas beliau, melalui teknologi moden, kanser perut boleh dikesan tanpa perlu membuat pembedahan dan juga cepat.
''Kanser perut ini boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke dalam perut menerusi mulut ataupun dubur.
''Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa. Contoh tisu di tempat-tempat yang disyaki akan diambil untuk menentukan kehadiran sel barah itu,'' ujarnya.
Proses itu tidak menyakitkan kerana pesakit akan diberikan dos pelali terlebih dahulu.
Bagaimanapun, terdapat juga yang membuat secara terangan di mana satu alat sebesar jari kelingking akan dimasukkan melalui mulut.
Katanya, mereka yang menjalani rawatan tersebut dikenakan caj yang minimum kerana ada subsi kerajaan.
Kata Dr. Sano, sekiranya terdapat sel yang menyebabkan kanser dan masih di peringkat awal, pembedahan tidak perlu di lakukan.
''Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskop, bagaimanapun sekiranya berada di tahap yang serius pembedahan susulan akan dilakukan bagi mengelakkan keadaan semakin kritikal", kata beliau lagi.
Malah jangka masa untuk membuat rawatan itu juga tidak terlalu lama iaitu selama 10 hingga 20 minit.
Bagaimanapun sekiranya pesakit berada ditahap yang kritikal iaitu peringkat tiga dan empat ia mungkin sukar untuk dirawat.
''Rawatan bagi mereka ini lebih kepada radioterapi ataupun kemoterapi. Jalani pemeriksaan awal kerana ia boleh dikawal secepat mungkin," katanya.

Cara mengawal kanser peruT
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan dan cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana, pada waktu yang ditetapkan dan makanlah dengan tenang.
- Kekalkan berat badan yang sihat. Masalah pencernaan boleh terjadi tidak kira berapa berat badan anda. Tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ketara di kalangan mereka yang terlebih berat badan.
- Senaman aerobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang aktiviti otot-otot usus, membantu untuk membuang sisa-sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik setiap hari.
- Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.
- Disebabkan tekanan merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan bagi kebanyakan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.
- Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi.

Thursday, January 27, 2011

Kongsi Cerita dari Utusan Online

Banjir

ORANG jual ikan tiga hari dah tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah sampai ke paras dada..."
Belum sempat saya berkata apa-apa, suara di hujung sana terus meluah isi hatinya yang bagaikan terpendam sekian lama. Pada ruang yang tidak kedengaran suaranya, mungkin sedang menarik nafas yang tersumbat akibat luahan hati yang terburu-buru tanpa mengenali dengan siapa dia bercakap, saya menyelit soal.
"Dah tu, macam mana?"
Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan, atau nama panggilan sejak saya dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang gusar di hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor telefon rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju jejari saya menekan salah ke nombor telefon dia. Selepas meluahkan isi hati yang sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengkisahan dengan penghargaan dan pesanan.
"Terima kasihlah. Nana telefon juga tanya khabar mak. Abang kau tu, duduk saja dekat, tak jenguk langsung, emak hidupkah mati, dalam banjir ini! Kirim salam pada suami dan anak-anak kau."
Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu terputus dalam hujan yang sudah empat hari empat malam, lebat dan renyai menyilih ganti. Radio dan televisyen lebih kerap menyiarkan berita terkini. Aktiviti laut wajib ditangguhkan. Ikan di pasar berhampiran rumah saya melambungkan harga ke paras menakjubkan. Ada jiran yang menghidap darah tinggi telah merungut sakit kepala kerana menu harian mereka bukan lagi ikan basah, tapi ikan kering, ayam, daging dan telur telah mengambil tempat di meja hidangan. Ya Allah, saya tidak boleh menelan.
Suara tua yang tadinya meluahkan isi hati, tanpa memberi saya walau sedikit kesempatan untuk menerangkan, bahawa saya bukanlah Nana, anak perempuan yang disangka berbicara dengannya tadi menujah-nujah telinga. Saya capai telefon, mencari di menu panggilan keluar. Saya tekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi. Tiada jawapan! Saya menunggu hingga deringan berakhir. Masih juga begitu! Ke mana dia? Mungkinkah keluar membeli makanan? Dekatkah jauh, tempat yang dituju? Rumahnya di mana? Bolehkah dia ke sana?
nyawa
Adakah kedai yang masih di buka dalam banjir yang saya lihat di kaca televisyen telah melepasi paras tingkap rumah di tingkat bawah. Lebih buruk lagi, banjir kali ini telah menelan dua nyawa. Tapi adunya tadi, dia tidak turun ke dapur atau ke mana-mana.
"Mak takut ular."
Getar suaranya menggegarkan perasaan saya. Kalau dia takut hendak turun, tentu dia tidak pergi ke kedai. Tapi katanya tadi, makanan sudah habis. Jiran-jiran semua dah berpindah ke pusat pemindahan. Cuma dia seorang saja yang tidak pergi. Kenapa begini?
Saya langsung tidak berkesempatan menyelit soal. Mungkinkah dia sedang menanti kedatangan anak lelakinya? Tapi katanya, sudah tiga bulan anak lelakinya tidak datang ke rumah, mahupun menelefon bertanya khabar. Ke mana perginya tubuh yang menyimpan suara tua itu dalam banjir begini? Saya telefon sekali lagi, menunggu hingga ke hujung deringan. Dia menjawab. Termengah-mengah, juga masih tidak memberi ruang tanya kepada saya.
"Mak solat zuhur tadi. Jangan bimbang dengan mak. Ikan kering ada, cabai kering pun ada. Kalau habis semua tu, mak makan nasi dengan garamlah. Jaga anak dengan suami kau baik-baik, assalamualaikum."
Sederas jawapan yang menyembur dari hujung sana, sepantas itu juga telefon diletakkan! Mengapa jasad yang mengeluarkan suara tua itu, langsung tidak memberi ruang untuk saya berbicara? Atau telinganya sudah tidak mampu mendengar kata. Ataukah memang benar, dia bimbangkan bil telefon 'anak' ini akan jadi seperti harga ikan di pasar kami. Atau mungkin juga dia keliru, antara pemanggil dan orang yang dipanggil, siapa yang kena keluar bayaran?
Bagaimana saya hendak menelan, dalam getar suara dari mulut tua yang hanya ada nasi berteman ikan kering dan sambal cabai kering, sebagai penambah tenaga. Ya Allah, izinkan saya menikmati juadah ini dengan tubuh yang tidak saya kenali itu.
Saya ingin kepuasan menyenduk nasi ke pinggan emak lebih dulu, sebelum meletakkannya ke pinggan saya, berulang kepada jasad empunya suara yang kedengaran merindui sangat anak-anaknya.
Saya inginkan saat itu. Sungguh teringin. Saya rindu ya Allah. Saya nak sangat-sangat melakukannya! Bukan kerana ada lensa kamera yang menghala ke wajah saya. Bukan kerana hendak memenuhi impian satu Malaysia. Namun, inilah harapan yang tiba-tiba tumbuh merimbun sebaik saya mendengar suara tua di hujung talian yang saya tidak tahu di mana. Tapi saya yakin, suara itu bermukim tidak jauh dari kampung saya, kerana tujuh angka nombornya, sama macam tujuh angka pertama nombor telefon Ameera yang cuma rumahnya berjarak tidak sampai enam kilometer dari kediaman saya.
mendekati
Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! Suara tua itu tidak jauh, sebab saya ingin sangat-sangat hendak mendekati. Pasti kerinduan pada anak-anaknya amat menikam, sehingga hati saya telah merasai bisanya. Ya Allah, permudahkanlah saya untuk mencari rumah yang memberi perlindungan kepada tubuh tua itu, dalam banjir di rumahnya yang telah sampai ke paras dada. Saya dapat menyentuh kecutnya hati dia setelah tiga hari, sebahagian dari rumahnya direndam kesejukan.
Sesak nafas saya, merasai kecungapan harapannya yang telah lemas di atas tadahan tangan, sehingga tidak mampu di tahan lagi. Lalu dia membiarkan harapan itu ditenggelami kesuntukan masa anak-anak yang amat dirindui. Ingin benar saya satukan rindu yang sarat dari tubuh bernafas tua itu dengan rindu yang mencengkam sukma, sejak emak saya diambil kembali oleh pencipta-Nya. Ya Allah, sejahterakanlah pertemuan dua kerinduan yang amat tidak tertanggung ini. Saya mencari buku panduan telefon. Alhamdulillah, saya selalu mendapat bantuan Allah dalam setiap usaha. Menulis dengan teliti alamat rumah dari nombor telefon yang tertera.
Menarik dan melepas nafas berkali-kali, memang amalan saya apabila berbicara dengan diri. Mengulang lagi dan bertanya hati. Itu pesanan allahyarham bapa yang sentiasa saya patuhi. Apakah saya benar-benar bersedia menghadapi pertemuan ini?
"Oh, Nek Piah tu memang tak pindah!"
Suara jawapan dan suara iringan pertemuan yang baru lima minit pada petang ini memerhati bungkusan dalam kedua-dua beg plastik yang berat di tangan saya.
Selepas bersoal jawab, anak-anak remaja yang bermain sampan sehingga ke jalan besar, tempat saya turun dari lori yang saya tumpangi, menghantar harapan hati ke rumah empunya suara dari tubuh tua itu. Saya melangkah ke anak tangga di pintu hadapan rumah usangnya. Remaja yang menghantar saya menakalkan diri meranduk air separas leher. Kenapa tubuh tua Nek Piah hendak bertahan dalam banjir seperti ini?
Dia membuka pintu sebaik mendengar salam ketiga saya. Lukisan ceria di wajah tua yang melontar getar suaranya tengahari tadi, teruja menyalam perkenalan.
Ingin sangat saya memeluknya bagi menyerah kasih anak, bahawa saya diutus Allah untuk mengangkat hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. Mak Piah merenung cari jawapan dari muka, sebaik saja saya meletak bungkusan takdir, di atas lantai yang beralas warna keikhlasan pada tikar mengkuangnya. Saya membiarkan dia meneroka jawab, sambil saya sendiri menyelami kerinduan pada wajah yang berusia hampir sebaya emak saya, sewaktu melepaskan nafas terakhirnya. Tidak tergamak hati ini membiarkan dia menyelongkar fikir, mencari jawapan yang hanya semudah saya menekan sebiji butang di telefon bimbit yang tersalah masuk, ke talian rumahnya.
Saya mengeluarkan bungkusan lauk dan nasi yang saya angkat dari meja hidangan, selepas getar suara Mak Piah menyelinap ke urat hati.
"Nana..."
"Nana suruh cik…hantar semua ni? Dia masak sendirikan?"
Mak Piah memang peramah yang teramat sangat. Saya pun menikmati resipi pembohongan yang terpampang tiba-tiba! Ya Allah, ampunkan saya kalau ini dapat membahagiakan hati wanita yang jelas teramat sangat, sedang merindui anak cucunya.
Saya tidak perlu banyak berbohong untuk menyambung keramahan bicaranya, kerana Mak Piah lancar menyoal dan menjawab segera! Dari Nubhan, anak sulung yang sentiasa tunduk pada isteri, sehinggalah kepada Nana, anak bongsu yang takutkan suami.
Saya merakam cerita dalam lautan fikir yang masih tidak mampu menerima kenyataan, masih ada manusia yang tergamak memisahkan anak dari ibu tua mereka.
"Nana sihat? Anak-anak dia macam mana? Suami dia..."
Sampai di situ, suara Mak Piah terhenti. Ya Allah, apa yang saya nak jawab ni?
"Pasal apa Mak Piah tak pindah ke pusat pemindahan, sama jiran-jiran?"
Allah melorongkan soal itu dari mulut saya. Mak Piah mengesat mata. Tidak mungkin salah soalan saya.
"Banjir dulu, pindah juga ke pusat pemindahan, tapi susah. Mak Piah ni kencing kerap, kadang-kadang tak sempat ke bilik air. Kali ni, biarlah duduk di rumah. Daripada sakit telinga dengar umpat caci orang. Lebih baik menahan lapar di rumah sendiri."
Ya Allah, macam inikah saya apabila tua nanti?
"Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, saya akan temankan Mak Piah." Sebaik terlepas perkataan terakhir dari mulut saya, Mak Piah menerkam peluk ke tubuh yang telah lama tidak di dakap ibu.
"Terima kasih....terima kasih"
Ucapnya bertubi-kali, seperti ucapan dan pelukan emak, sewaktu saya membelikan pokok bunga mawar sebagai hadiah hari lahirnya. Terungkai saja rangkulannya, Mak Piah merenung saya. Juraian air matanya, jelas meluahkan bahagia.
"Mari kita makan!"
Saya mengajak cepat dan dia juga pantas menyoal.
"Nana masak semua ni? Dia minta tolong cik hantar kepada Mak Piah?"
Ya Allah, banjir kebahagiaan di mata tuanya, telah tenggelamsembunyikan sejenis penipuan. Jika ini satu dosa, ampunkan saya ya Allah kerana bahagia menjadi pendusta.
Selesai makan dan menolong basuh dan simpan daging, ayam, ikan, sayur dan buah-buahan ke dalam peti sejuknya, saya minta diri dengan janji akan mengunjunginya lagi. Mak Piah mengirim salam kasihnya, kepada Nana yang tidak saya kenali.
menonton
Malam itu saya dipeluk kepanasan demam. Lima hari berlalu, baru saya bangun hendak menunaikan janji, selepas menonton banjir yang telah surut di kaca televisyen. Kenapa orang ramai membanjiri perkarangan rumah Mak Piah? Belum sempat saya melangkah masuk, usungan jenazah di bawa keluar. Saya mengikut sehingga ke tanah perkuburan. Apabila orang ramai meninggalkan kawasan, mata saya menanda soal ke wajah wanita yang merenung keharuan seorang lelaki, mengusap kepiluan tanah yang baru ditimbusi.
"Cik ini...Nana?"
Anak bongsu Mak Piah seperti ibunya. Saya tidak perlu banyak bertanya, kerana dia menjawab lebih dari soalan. Dari kesalan abangnya yang membiarkan kongkongan isteri, sehinggalah kepiluan hatinya, tidak diizin suami membantu ibunya membersihkan rumah selepas banjir, sehingga menyebabkan Mak Piah tergelincir jatuh. Kepalanya berdarah. Setelah tubuhnya membatu, barulah jenazah itu ditemui tetangga.
"Dua hari sebelum itu, dia bercerita pada jiran-jiran. Katanya, saya kirimkan makanan semasa banjir melanda. Seronok sangat dia dengan kiriman saya."
Nana sebak dalam tanda soal. Matanya menyimpan takungan. Tidak seperti mata allahyarhamah Mak Piah yang banjir dengan kebahagiaan.
"Tapi saya tak pernah kirimkan apa-apa pada emak. Tak pernah telefon, sebab emak tak berapa dengar. Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham."
Saya membiarkan Nana meluah emosi dan takungan di matanya yang telah membanjiri pipi. Abangnya terus mengusap permukaan tanah yang ditimbusnya tadi.
"Mulianya hati emak. Sanggup berbohong pada masyarakat. Emak menjulang nama saya, nama anak yang tak bertanggungjawab ini. Saya tak pernah hantar makanan, apatah lagi buah, barang dapur, tak pernah pun. Saya tak bagi apa-apa. Sungguh."
Nana terus meraung. Dalam keterharuan mengenangkan kebahagiaan Mak Piah di hujung usianya, saya memimpin Nana keluar dari kawasan perkuburan. Bukanlah kerana hendak memberhentikan tangisan!

Sunday, January 23, 2011

Konsert Justin Bieber vs Kursus Menegakkan Solat

Assalamualaikum,
Maz bukan nak memburukkan sesiapa tapi Maz terfikir betapa mudahnya kita nak lupakan agama sedangkan agama tu la tiang untuk kita. Kita patut dahulukan agama sebelum yang lainnya.

Tapi apakan daya Maz pun manusia biasa juga seperti orang lain. Bagi anak-anak remaja pula sampai ada yang malu nak solat semasa 'hang out' dengan kawan-kawan yang sememangnya dia dah tahu kerapuhan imannya...Sanggup tinggalkan solat dari kene tinggal dek kawan-kawan.                                                                            

Maz nak buat kesimpulan simple je mengenai pemikiran dan penimbangan kita dalam membuat keputusan.
Ini adalah contohnya: 

Konsert Justin Bieber (JB)
  • Harga dari RM98 - RM495 - kalau boleh nak yang paling mahal sebab nak dekat dengan JB tapi tiket dah 'sold out' huhu...
  • Seat - biarlah mahal bukan selalu pun dapat jumpa JB silap2 dia  aku dia lambai kat  aku, hadiah birthday special untuk aku tahun ini, aku kan peminat no.1 JB?
  • Kawan - kalau boleh nak bagitahu and nak ajak semua kawan kaya serata dunia ni untuk tengok konsert ni. Bangga aku dapat pergi tengok konsert orang luar negara ni...
  • Ibu Bapa - biarlah berkorban sikit untuk anak janji dia gembira.
  • Kebaikan Jangka Panjang/Pendek - uihhh...mestilah jangka panjang sampai dah tua nanti dia ingat yang mama dan papa dia bagi kenangan ni tengok Konsert Justin Bieber!
Kursus Menegakkan Solat
  • Harga asal RM100 - 20%(RM80) - Mahalnyer? diskaun 20% je pulak tu,kalau 'free' ok jugak la...
  • Seat - duduk belakang2 lagi senang  nak keluar awal, lagipun ustaz tak nampak sangat muka aku kang die tanya apa2 plak kat aku.
  • Kawan - malulah nak ajak kawan-kawan nanti dorang ingat aku ni terrorist lak,mesti dorang tak nak kawan dengan aku dah lepas ni.
  • Ibu Bapa - takpelah dia tak nak pergi pun banyak lagi masa,die pun budak lagi (padahal dah berapa kali postpone?)
  • Kebaikan Jangka Panjang/Pendek - Alahai memang lah untuk jangka panjang sampai akhirat tapi lambat lagi 'enjoy' la dulu...mama dan papa pun macam tu gak dulu masa muda2. 
so kalau boleh u all jangan lah jadi macam yang maz katakan di atas, memberi alasan untuk diri sendiri membuat keputusan yang tak menunjukkan kita ni muslim yang sejati. Macamana maz nak buat ni ek? 
haaaa!!! apa kata maz bagi syarat kalau nak pergi konsert JB tu boleh tapi kenalah hadiri jugak kursus2 agama jugak dengan ikhlas hati nak merapatkan diri kepadaNya,si Maha Pencipta iaitu Allah SWT.

Sunday, January 16, 2011

Blog baru suami saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua rakan2,
dijemput melawat dan memfollow blog suami saya ni. ini sebagai sokongan kepada beliau yang telah bersusah payah hingga tak tidur semata untuk menyiapkan blog tersebut.kalau ada rakan2 yang ingin berurusniaga dengan beliau iaitu suami saya,anda amat2 dialukan....sekian, terima kasih. jangan lupa click link di bawah k...
http://proton-dz.blogspot.com/

Wednesday, January 12, 2011

Batuk ke Lelah?

Talk about this, aku start rasa simptom tak sihat ni pada 21 Disember 2010 semasa sedang bertungkus lumus (yeker??) di pejabat dengan lain kata tengah bekerja lah...

Pada 23 Disember 2010 aku demam beserta pakej batuk so dapatlah MC untuk 2 hari tapi demam tu berlarutan sampailah hari Isnin 27 Disember 2010 so aku pun pergilah lagi S.P Specialist kt Damansara Utama tu balik,so doktor tu pn bagi ubat then demam aku pun dah baik cuma batuk sampai ke saat aku menaip ni.

so korang kiralah dah berapa hari aku batuk? and batuk ku ni disertai bunyi semasa menarik nafas so aku rasa aku ni kena batuk lelah la ni mungkin kerana kelelahan membuat persiapan majlis anak buah ku si abg askar,Man. Tapi apa-apa pun majlis tu telah berjaya cuma penyakit aku ni je belum berjaya hilang lagi...

Cuma semalam Puan Norzehan atau kak an telah meng'share' ubat cair kahak and ubat batuk die, baru aku perasan dah kurang sikit aku batuk tapi masalahnya ubat dia pun dah abis setelah 2 hari aku bedal. So kena la cari alternative lain lagi kan?

Ade sesape nak share petua yang sangat berkesan? Pleaseeee....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...