Assalamualaikum buat semua mama2 yg vogue yang sudi membaca dan mem'follow' blog hatimamaz ni serta tak lupa juga yang lain2 yang sudi membaca,
alamak ucapan pendahuluan je dh berjela2,hihi...mcm rasa dh jadi 'First Lady' untuk blogger (perasan sungguh!)
Nanti i kene komen lagi pulak pasal post yang berjela2 tapi Mamaz rasa sorg je yang komplen tu,itupun bukan followers Mamaz bile kite invite untuk follow blog ni,die seraya berkata 'boleh je,tapi update la slalu ek...'
Mamaz jarang sgt update ke kwn2? sory la,komitmen pada kerja,keluarga dan pelajaran membuatkan masa Mamaz ni terbatas skit. Lagipun orang tu bru berkecimpung dlm blogger ni bru seminggu dua (first post on 10 april 2011) ni so maybe tengah semangat lagi nak update hari2 kn? tunggu la lame2 skit,byk benda rs nk post tp nak cari masa yang susah last semua memori yang nak di post berterbangan begitu sahaja di minda....
oklah,kite lupekan semua tu....hari ni Mamaz mula bekerja semula selepas bercuti sakit selama seminggu bermula 8 april aritu....agaknya lama sangat duduk terperap kat rumah rase kekok pulak bila datang ke pejabat.
Itu baru seminggu cuba bayangkan kalau cuti bersalin 90 hari tu?agak2nye kt mana 'workstation' pun dah lupa....hehe.
Itu sahaja untuk post kali ni.
sekian, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali kerana mendoakan yang terbaik untuk saya.
i love u all, mmuuaahh!!
Sunday, April 17, 2011
Monday, April 11, 2011
MaMaz's Vacation 1 night @ KPJ Damansara
Assalamualaikum,
the latest news pasal Mamaz ialah pada hari Jumaat lepas iaitu 8 April 2011, Mamaz telah diwadkan dan menjalani Minor Surgery di KPJ Damansara oleh Dr. Tong. Ini adalah pengalaman pertama Mamaz masuk wad bedah dan dibedah. Agak seriau gak la bila nurse tu suh tukar gaun bedah hijau tu...then ditolak ke bilik bedah...
Soalan pertama seorang doktor (tertera Dr. Hilmi pada sulaman baju dia) dalam Operation Theater (OT) tu tanya 'first time ke operation?' dan Mamaz pun hanya mengangguk. Dia pun minta pembantu/nurse la kot untuk menambah morphine,pembantu/nurse tu pn kate 'cukup la 50'(tak tau la dlm ukuran apa),Dr. Hilmi tu kata 'sakit ni klu tak sakit buat apa patient gi hospital'. pahtu dorang pn picit2la tgn ku yg tak brape nak halus ni,hihi...
rupanya mencari urat utk masukkan bius tu....tetiba rs mcm ade benda menjalar dan terus rs kepala mcm bergegar skit then tetiba je ade org tepuk bahu panggil 'bangun2,dah siap'....
Mamaz smbl mamai2 tu buka je mata rs pelik td lampu dlm OT ade 3 mcm lampu UFO tu nape lak yang ni ade satu je? rupanya Mamaz telah pn dibawa keluar dari OT dan otw ke bilik wad semula. dan rupanya Mamaz telah dipengsankan dalam masa 2 jam tapi rs mcm hilang pandangan dalam beberapa second je....
Tapi Mamaz telah dibenarkan discharge pada hari sabtu keesokan harinya...sekarang Mamaz masih dalam cuti sakit di rumah. Mamaz nak ucapkan terima kasih pada Mak, Abah, hubby, my cutiey daughter, abg long and family serta aunty yang menjaga adiknya (tapi kira aunty gakla aku pgl) yang terbaring di sebelah katil aku kerana sudi jaga aku masa aku duk mamai lg n takde spe jaga aku...inilah semangat 1 Malaysia walaupun tidak kenal sesama sendiri,berlainan bangsa dan agama tapi kita tinggal di bawah langit yang sama....
Syabas betey,mera dos,Jai Malaysia!
Monday, March 28, 2011
Pengeluaran KWSP untuk kesihatan
Syarat-syarat Pengeluaran
Anda atau ahli keluarga yang menghidap penyakit kritikal yang diluluskan oleh Lembaga KWSP seperti berikut:
Anda boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2 tertakluk kepada kos rawatan perubatan.
Anda tidak layak memohon sekiranya:
Anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03 – 89226000 atau kunjungi cawangan KWSP yang terdekat.
(Sumber: Laman Web KWSP)
Kerajaan teliti cadangan keluarkan KWSP untuk rawatan kesuburan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meneliti kemungkinan menyarankan kepada kerajaan supaya membenarkan pasangan suami isteri mengeluarkan wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rawatan kesuburan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata ini berikutan kos rawatan seperti "in-vitro fertilisation" (IVF) amat tinggi iaitu mencecah RM5,000 setiap rawatan yang mempunyai ratio kehamilan antara 30 dan 40 peratus.
"Kita meneliti kemungkinan menyarankan kepada KWSP membenarkan pasangan terbabit mengeluarkan simpanan Akaun 2 mereka untuk tujuan itu.
"Pengeluaran itu bagi tujuan rawatan kerana isu kesuburan juga dianggap sebagai satu penyakit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Perubatan Reproduktif Kebangsaan kedua, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Rosnah berkata, sekalipun kerajaan memberi subsidi bagi rawatan kesuburan, ada pasangan terpaksa mengeluarkan kos sehingga RM100,000 sebelum usaha mereka berjaya.
Katanya, kementerian itu menganggap masalah sukar hamil sebagai satu penyakit dan menyediakan rawatan terapeutik bagi wanita terbabit.
Rosnah berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan kadar kesuburan di negara ini merosot daripada 3.4 pada 1994 kepada 2.3 pada 2008 dan angka itu akan terus menurun.
Sementara itu, Tengku Puan Pahang Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan bekas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dinobatkan kongres sebagai penerima anugerah khas atas sumbangan mereka dalam bidang perubatan reproduktif di negara ini. - BERNAMA
Anda atau ahli keluarga yang menghidap penyakit kritikal yang diluluskan oleh Lembaga KWSP seperti berikut:
- Anemia Aplastik
- Sindrom Apalik
- Penyakit Alzheimer
- Tumor Otak Benigna
- Buta
- Kanser
- Kardiomiopati
- Penyakit Hati Kronik
- Penyakit Paru-Paru Kronik
- Koma
- Penyakit Arteri Koronari
- Pekak
- Ensefalitis
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Penyakit Jantung
- Penggantian Injap Jantung
- Kegagalan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri
- Hilang Kebolehan Bertutur
- Kebakaran Parah
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama
- Medullary Cystic Disease
- Meningitis
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan
- Penyakit Parkinson
- Poliomielitis
- Pulmonari Utama
- Strok / Angin Ahmar
- Pembedahan Aorta
- Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Mephritis
- Penyakit Membawa Maut
- Hilang Upaya Kekal
- Lelah / asma yang teruk
- Leukemia
- Intellectual Impairment Due to Accident or Sickness
- Suami/Isteri
- Anak/Anak Tiri/Anak Angkat
- Ibu Bapa/Ibu Bapa Mertua/Ibu Bapa Tiri/Ibu Bapa Angkat
- Adik Beradik
Kos rawatan perubatan yang dibenarkan
- Kos rawatan perubatan adalah meliputi semua kos yang dikenakan oleh pihak hospital/pusat rawatan yang berkaitan dengan rawatan pesakit berkenaan
Laporan Perubatan/Bil Rawatan Sebenar ('Final Bill') DAN Resit Bayaran
- Laporan perubatan, [bil rawatan sebenar ('final bill')] dan resit rawatan tidak melebihi 1 tahun daripada tarikh permohonan dikemukakan
- Bil dan resit mesti atas nama pesakit atau pemohon
Anda boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2 tertakluk kepada kos rawatan perubatan.
Anda tidak layak memohon sekiranya:
- Menghidap penyakit selain daripada penyakit kritikal yang diluluskan
- Kos perubatan anda dan ahli keluarga dibiayai sepenuhnya oleh majikan anda/majikan ahli keluarga yang dibenarkan
- Anda mendapat rawatan kesuburan
- Anda mendapat rawatan alternatif seperti akupuntur atau kaedah tradisional
Anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03 – 89226000 atau kunjungi cawangan KWSP yang terdekat.
(Sumber: Laman Web KWSP)
Kerajaan teliti cadangan keluarkan KWSP untuk rawatan kesuburan
2011/03/25 (Berita Harian Online)
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meneliti kemungkinan menyarankan kepada kerajaan supaya membenarkan pasangan suami isteri mengeluarkan wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rawatan kesuburan. Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata ini berikutan kos rawatan seperti "in-vitro fertilisation" (IVF) amat tinggi iaitu mencecah RM5,000 setiap rawatan yang mempunyai ratio kehamilan antara 30 dan 40 peratus.
"Kita meneliti kemungkinan menyarankan kepada KWSP membenarkan pasangan terbabit mengeluarkan simpanan Akaun 2 mereka untuk tujuan itu.
Mengulas lanjut, Rosnah berkata, sekalipun kerajaan memberi subsidi bagi rawatan kesuburan, ada pasangan terpaksa mengeluarkan kos sehingga RM100,000 sebelum usaha mereka berjaya.
Katanya, kementerian itu menganggap masalah sukar hamil sebagai satu penyakit dan menyediakan rawatan terapeutik bagi wanita terbabit.
Rosnah berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan kadar kesuburan di negara ini merosot daripada 3.4 pada 1994 kepada 2.3 pada 2008 dan angka itu akan terus menurun.
Sementara itu, Tengku Puan Pahang Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan bekas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dinobatkan kongres sebagai penerima anugerah khas atas sumbangan mereka dalam bidang perubatan reproduktif di negara ini. - BERNAMA
Thursday, March 17, 2011
Panduan Solat Qasar dan Jama'
"Entry kali ni aku publish untuk dikongsi bersama semua pembaca dan sesiapa yang pernah bertanya pada Mama Maz sebelum ni kalau ade yang tersalah minta diampunkan la yer" Panduan Solat Qasar Dan Jama' |
| | |||||||||
| |||||||||
Tuesday, March 1, 2011
Dilema
Mama Maz confuse bila orang yang kita tanya atau minta kebenaran untuk berbuat sesuatu jawapannya begini :-
Mama Maz : Boleh tak saya nak pergi kursus ni?
Mr. X : Nanti kita discuss.
so, Mama Maz ni pun tunggu la masa bila nak discuss tu tapi tak discuss2 sampai bila pun tak tau keputusannya.
especially, kalau situasi begini lak : -
Mama Maz : Kawan saya nak sewa kereta anda boleh tak dan berapa bayarannya?
Mr. Y : Entahlah. Nanti kita discuss.
so, apa jawapan anda? yang pasti saya perlukan jawapan dan keputusan melainkan saya diberi kuasa untuk membuat keputusan tanpa tanya orang lain dahulu.
Ya atau Tidak?

Wednesday, February 23, 2011
Sesentap (Sensitif)
Salam,
ntah kenapa 2-3 hari ni Mazz rasa cukup sensitif.
Boleh ker sebab hubby g SSM dgn kawan lelaki die je pn Mazz leh nangis mcm orang putus cinta BF kene rampas orang. Bak kata orang 'Frust Menonggeng'. tapi lepas tertengok gambar ni masa cari gambar2 frust menonggeng kt google terus tergelak,comellll...hihi.
Mungkin gak sebab 2-3 hari ni semua benda yang Mazz rancang untuk dapatkan dalam masa terdekat ni menuju ke jalan buntu. Hmmm....ntah apela salah yang Mazz dah buat ekk? Moga Allah Swt ampunkan segala dosa Mazz.
Hari ni plak dapat surat penilaian prestasi, sekali lagi Mazz menangis sebab bukan tak leh terima cuma rasa sampai tahap ni bos aku nilaikan aku....tahap paling special la mcm i dh buat ofis ni rugi berbillion ringgit,mcm dh menjatuhkan reputasi company dan mcm disiplin aku ni MC smpi 3 bulan,masuk keje lewat dll...
Padahal,aku sanggup tak breakfast sekadar buat air milo itupun minum kt meja.
tghr pn tak keluar g mana2 just tdo kt basement dlm kete... Admin pn tak leh print report kelewatan jabatan aku yg sekadar 3 org ni sebab takde staf yg lewat....so what do u expect?
Thanks la coz u already tarnished my name.

Thursday, February 17, 2011
Unexplained about....
Ketidaksuburan Yang Tidak dapat Dijelaskan (Unexplained Infertility)
Selalunya bagi pasangan yang mengalami masalah kesuburan, satu siri ujian akan dijalankan untuk mengetahui sebab mengapa anda sukar hamil.Walaubagaimanpun, terdapat pasangan walaupun sudah menjalani pelbagai ujian, masih tidak mendapat jawapan yang tepat mengapa mereka gagal hamil. Situasi begini memang menimbulkan frustasi dan rasa tidak puas hati dikalangan pasangan terbabit. Keadaan ini berlaku 10% dari pasangan yang gagal hamil keseluruhannya.
Anda dikatakan mengalami unexplained infertility (UI) sekiranya anda bertelur setiap bulan salur peranakkan sihat dan tidak tersumbat dan juga:
- Anda tiada endometriosis
- Anda tidak mempunyai masalah parut pada pelvis
- Suami mempunyai bilangan sperma yang tinggi dan bermutu
Penyebab yang mungkin
Anda mungkin mengalami penyebab ini sekiranya anda masih tidak dapat hamil:Ketidaknormalan pada saluran peranakkan (Fallopian Tubes)
Salur fallopian adalah satu struktur pada rahim yang bertindak membawa telur dari ovari ke rahim. Ia mempunyai bentuk seperti jari pada hujung menolong membawa telur dari ovari Ia juga mempunyai struktur seperti bulu halus pada salurannya yang menolong membawa telur atau embro kearah rahim.
Telur yang tidak normal
Walaupun ovari mempunyai beribu- ribu telur, tidak semua dari telur ini sesuai untuk disenyawakan. Telur perlu berada dalam bentuk yang normal, sihat untuk berjaya disenyawakan. Sekiranya anda mempunyai kualiti telur yang tidak baik, sukar untuk anda hamil.
Sindrom ‘Unruptured Luteinized Follicles’
Semasa saat ovulasi, telur anda mungkin terperangkap didalam folikel yang melindunginya dan menghalang dari disenyawakan. Kadang-kadan folikel akan terus jadi cospus luteum sebelum sempat ia pecah menyebabkan telur tidak dapat dikeluarkan dan ovulasi tidak berlaku.
Fasa Luteal tidak normal
Selalunya apabila ovulasi berlaku, fasa luteal bermula. Dalam fasa ini, corpus luteum akan mengeluarkan hormon progesterone yang akan memberikan stimulasi kepada rahim, sebagai persiapan untuk kehamilan. Kadang-kadang terdapat masalah dengan hormon ini yang mungkin naik terlalu cepat atau terlalu perlahan atau mungkin ia tidak dikeluarkan dengan secukupnya. Oleh sebab itu, rahim tidak bersedia sepenuhnya untuk hamil.
Merawat masalah UI
Sekiranya anda mengalami UI, tak sepatutnya anda merasa hilang harapan. Masih ada peluang untuk anda hamil secara semulajadi walaupun tanpa sebarang ubat subur. Peluang anda untuk hamil dalam masa 3 tahun lebih kurang 30 % .- Ubat subur seperti clomiphene citrate boleh menolong ovari supaya mengeluarkan telur lebih dari satu, seterusnya meninggikan peluang untuk persenyawaan.
- IUI atau intrauterine insemination ialah satu jenis teknologi reproduksi yang meninggikan peluang sperma bertemu dengan telur. Sperma suami diletakkan kedalam alat catheter selepas persediaaan yang rapi dan dilepaskan kedalam rahim dengan harapan ia akan bersenyawa dengan salah satu telur anda.
- IVF atau bayi tabung uji pula boleh menolong sekiranya terdapat masalah dengan salur fallopian atau ovari. Telur dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan didalam tabung uji dengan sperma suami. Sebaik telur tersebut menjadi embrio, ia akan diletakan didalam rahim.
Subscribe to:
Posts (Atom)