Saturday, October 5, 2013

Buttered Prawn

Assalamualaikum,
entry hari ni pasal menu butter prawn. Aritu ada orang dari Terengganu jual ikan, sotong mcm2 seafood fresh dari laut...tapi dek kerana ikan byk lagi kt umah jadinya Mamaz beli udang jela walaupun kt umah ni tak laku sgt udang...so arini kebetulan abg long, kakak ipar dan anak2 datang so masakla udang ni...
Jom try...

Bahan:

1 kg      Udang
1/4 Bar Butter
1/4 tin   Susu Cair
2@3 biji   Telur Kuning
Sedikit Hirisan Daun Limau Purut @ 1 ranting Daun Kari
Sedikit Serbuk kari
Sedikit Garam ( Hati2 takut butter mmg dah masin)

Cara Masak:

  1. Tuang susu cair dalam periuk dengan api perlahan.
  2. Masukkan butter dalam periuk yang mengandungi susu cair tersebut.
  3. Setelah butter cair masukkan udang dan hirisan daun limau purut, serbuk kari dan sedikit garam.
  4. Kacau sehingga udang masak dan kuah dah sebati dengan udang.(tinggalkan sikit kuah butter tu dalam 5 sudu besar).
  5. tinggalkan seketika udang tersebut.
  6. Campurkan kuning telur dengan lebihan kuah tadi kacau mcm nk buat telur dadar tu.
  7. Guna satu lagi kuali dan cairkan butter smpi jadi minyak, selepas tu masukkan dalam kuali sedikit demi sedikit telur tadi mcm nak buat titisan roti jala. Selepas abis telur tu masukkan udang tadi dan gaul sehingga agak telur tu garing sedikit.
  8. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Saturday, September 28, 2013

Makaroni Cheese Bakar

Assalamualaikum,
lama dah tak dapat menulis di blog ni...tak tau la masih ada follower atau tidak tapi kalau ada, Alhamdulillah...dan terima kasih.

Anak Mamaz buat permintaan nak Makaroni Cheese tapi mama die tak pandai so masa kt pasar raya Mamaz suh la die amik bahan2nya (itu pun die google guna Blackberry die).

So tengahari tadi free sebelum nak g weekend class Mamaz so Mamaz pun berhajat untuk buat MCB ni...tapi yang kelakarnye Mamaz pun buka resepi guna phone so bile org msg atau call terkeluar la blog yg tulis pasal resepi ni so setiap kali buka balik terpergi kat blog org lain plak(clumsy tul Mamaz ni).

Jangan buang masa lagi kita cuba resepi Mamaz lak k...
Tujuan sebenar untuk simpanan sendiri takut terlupa kalau nak cuba lagi next time...

Macaroni Cheese Bakar

Tinggal ni je yg sempat snap

Bahan A (Direbus):

Macaroni           150 gram
Ubi Kentang      1 biji saiz sederhana/besar
(Lepas ni nak cuba bubuh kiub nenas lak)
Garam & Gula   Secubit

Bahan B (Ditumis):

Bawang Putih(dihiris)                               2 ulas
Bawang Besar/Holland(dipotong dadu)   1 labu
Cili Boh                                                  2 sudu besar (tadi bubuh 1 sudu tak rasa pedas langsung)
Cili Sos                                                   1 sudu besar
Sos tiram                                                1 sudu kecil
Daging cincang Ramly                             150 gram
Gula                                                        secubit

Bahan C (direneh):

Keju Cheddar          60 gram (1/4 dari Bar keju tu)
Keju Parmesan         2 sudu besar
Susu Segar               1 cawan
Buttercup                 10 gram
Air                            1/2 cawan
(jika perlu saja-tambah air sikit kalau pekat atau kering)

Bahan Lain:

Telur          1 biji
Seasoning
(Takde pun takpe)

Cara memasaknya:
  1. Semasa merebus makaroni campurkan sedikit garam + gula dan sedikit minyak. lepas dah kembang dan lembut bolehlah ditoskan.
  2. Kentang juga direbus mcm makaroni tapi tanpa minyak. Selepas tu di potong dadu.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar/holland hingga naik bau dan masukkan cili boh seterusnya tumis hingga cili betul2 masak kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging dah sebati masukkan juga sikit garam + gula.
  4. sambil tu sapukan mentega/butter pada loyang dan panaskan oven dalam 10 minit.
  5. untuk orang yang 'RAJIN'(Sarcasm for myself) mcm Mamaz ni...Mamaz masukkan je susu segar dalam periuk yg menumis tu tadi...then masukkan je semua bahan C untuk cairkan keju2 tu.
  6. kalau rasa nak sos tu pekat boleh je tambahkan tepung gandum sikit dalam sesudu sambil masak bahan B dan bahan C dengan api sederhana.
  7. campurkan makaroni tu + kentang dengan sos yg dh pekat sikit tu then tutup api. Gaul semua bahan tadi dengan telur  dan masukkan dalam loyang. Taburkan seasoning atau oregano atau serbuk atas makaroni sikit2 je.
  8. Hiris keju cheddar nipis2 dan susun atas makaroni hingga menutupi loyang tersebut. Taburkan cheese parmesan secara merata juga atas makaroni tersebut.
  9. Bakar makaroni cheese tu selama 1/2 jam dengan api atas bawah dengan suhu 100 darjah.
Gambar2 ni Mamaz cuma share je bahan apa yang Mamaz guna bukan tujuan promosi jenama ke apa k...










Sunday, May 6, 2012

Let's Party!

Terujanya kalau Mamaz dapat jemputan ke party Nuffnang kan?
kalau Mamaz dapat pergi sapa nak ikut? sila angkat tangan,hehe...butirannya seperti di bawah:
 dan jangan lupa klik di sini:  http://www.lg.com/my/tv-audio-video/televisions/televisions.jsp


How is the LG Cinema 3D TV different from conventional 3D TVs you ask? According to LG, their TV boasts some impressive features which include Certified Flicker-Free, Electromagnetic Waves-Free, 3D Light Boost, Wider Viewing Angle, Flexible Viewing Positions, Lightweight 3D Glasses and Reasonably-Priced 3D Glasses. All these look fantastic on paper, but we still had our skeptics. After all that talk, it is about time LG starts walking the walk, so folks from LG would like to invite me as one of Nuffnangers to learn more about this gorgeous TV and experience it at a party organized just for us!

Details of the party are as below:

Date: 19 May 2012 (Saturday)
Time: 6.30pm – 8.30pm
Venue: Courtyard Garden, Bukit Damansara
Dress code: Casual

It will be a fun-filled night where we’ll get to mingle among fellow Nuffnangers and experience the spanking new Cinema 3D Smart TV! And what’s a party without prizes to be won? LG would be giving out a total of 5 units of LG Blu-Ray Players, one Home Theater system and you’d stand a chance to win a brand new 42” Cinema Screen LTV at the party!


Friday, April 27, 2012

Saya akan ke Kuantan...

Assalamualaikum,
baca tajuk post tu pun u all mesti dah tau kan? Mamaz akan berangkat ke Kuantan pada petang ahad ni iaitu 29 April 2012 dan menginap di Seri Malaysia Kuantan.

Mamaz pergi ke sana untuk menghadiri Seminar dan Perhimpunan Hari Pekerja Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan 2012. Tema Hari Pekerja ialah Pekerja Tiang Seri Negara.

Program yang dijadualkan seperti berikut:

a) Seminar Pendidikan (30 April 2012 - Isnin)
    8.00 pagi - 2.00 petang di Hotel Zenith.

b) Cuepacs Go Green (30 April 2012 - Isnin)
    4.00 petang Pejabat Daerah Kuantan.

c) Majlis Jamuan Makan Malam (30 April 2012 - Isnin)
    8.00 malam di Hotel Zenith.

d) Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja 2012 (1 Mei 2012 - Selasa)
    8.00 pagi - 12 tengahari Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.

Tujuan Mamaz berikan program agar keluarga tercinta esp. Mr. Hubby boleh tau aktiviti-aktiviti di sana, selain itu sesiapa yang membaca entry post ni yg terlibat  atau tak terlibat tetapi tinggal berhampiran sekiranya sudi nak berjumpa dan mengeratkan silaturrahim, sila2kan lah....

Mamaz memang suka menambah rakan2 kenalan ni...emel la kt voguegirls_82@yahoo.com untuk dapatkan nombor telefon Mamaz...

Doakan perjalanan pergi ke sana dan pulang ke Kuala Lumpur Mamaz selamat dan Mamaz mendapat manfaat dan ilmu dari seminar tersebut serta mendapat keredhaan Allah SWT...Amin.

Wassalam...

Monday, April 23, 2012

Excite your senses with LG Cinema 3D Smart TV

Assalamualaikum,
Baru2 ni Mamaz ade la sebut ngan anak n hubby yang Mamaz ingat nk tukar TV LG Mamaz dgn SMART TV rupenye LG's pun bakal launching LG Cinema 3D Smart TV,klik la di link ni untuk mengetahui lebih lanjut: http://www.lg.com/my/tv-audio-video/televisions/televisions.jsp. Best jugak kan membayangkan kita sekeluarga duduk tengok wayang dalam rumah tanpa perlu bersesak dan terkejar ke panggung mcm yang slalu kami alami akibat kejar masa....hmmm...bestnye klu dptkan? ade sesapa nk sponsor ke bg hadiah harijadi lebih awal ke? hehe... 

My Nestle Incredible Story

Assalamualaikum,
Mamaz baru je submit cerita kenangan Mamaz bersama Nestle dan ni la  linknya http://www.nestle.com.my/Nestle100Years/Default.aspx?id=fae31542-33dd-4c84-a1f3-f4733ab05b85 untuk cite mamaz tu dan  Mamaz submit di http://www.nestle.com.my/Nestle100Years/Intro.aspx


Tajuknya 'My NESCAFE Line'. jangan terkejut sekiranya jika ade yang offer Mamaz nescafe skrg ni Mamaz menolak sebab dah lama tak minum Nescafe. Dalam cite tu Mamaz cite pasal ahli keluarga Mamaz slalu mengusik Mamaz dgn ayat 'Nak Nescafe 'Line''....


Mula2 dlu pun tak tau ape tu bile Mamaz tny akhir dorg pn cerita la yang masa kecik2 Mamaz suke minum Nescafe for some what reason Mak Mamaz tukar minuman Mamaz kpd MILO so Mamaz akan minta nak Nescafe tapi mak tak layan, die cume cakap ni Nescafe la ni...


so Mamaz akan merengek la 'nak Nescafe yang lain' tapi 'slang' english i mmg dh 'MELEKAT' kt lidah so sebutan jadi 'LINE'(perahsantannyerrr)...so smpi sekrg la jadi ejekan pada Mamaz smpi anak Mamaz pun pandai kenekan Mamaz blik...


Tapi sekarang Mamaz adalah peminat MILO no.1 tak leh hidup rasenye klu satu hari tak dapat Milo...


walau ape pun terima kasih Mak sebab apa yang buat untuk Mamaz adalah yang terbaik untuk Mamaz.

 anda juga mesti ada cerita tersendiri kan dengan produk Nestle?
Kongsikanlah cerita anda di sini :

http://www.nestle.com.my/Nestle100Years/Intro.aspx

Tuesday, April 17, 2012

Tiada Maaf Bagi Mu

Assalamualaikum,
entry kali ni mungkin betul dari dalam hati Mamaz sendiri...kejam je bunyi tajuk entry ni kan?

Bukan apa cuma Mamaz rasa tak puas hati bila sesuatu yang Mamaz tau ia berlaku sedangkan benda tu memang  semua orang tau ia salah disisi undang2 negara apatah lagi agama Islam. Tapi orang2 ni still gak main langgar je n kadang2 boleh lak buat fatwa sendiri(sory takde kene mengene ngan politik k).

Mamaz terus terang yang prinsip hidup Mamaz ialah tak kisah apa yang orang lain lakukan especially kawan2 dan sedara-mara nak buat as long as jangan melanggar undang2 dunia dan akhirat coz klu itu berlaku Mamaz tak leh terima dan tak nak bersyubahat kalau boleh Mamaz yg nak g report kat badan penguasa tapi mengenangkan dorg ni ade anak dan isteri,mak yang dah tua tak sampai hati plak tapi terus terang sekiranya berlaku pihak berkuasa tahan la mereka yang buat maksiat seperti berzina, berjudi dan sebagainya tu Mamaz takkan tolong so minta tolong pada adik beradik ke kawan2 kesayangan dorg sendiri lah sebab Mamaz malu nak  ngaku sedara apetah lagi kalau ditahan atas kesalahan yang Mamaz memang confirm benda itu berlaku dan dorg bersalah. Kadang2 tu yang Mamaz rasa nak lari pergi tempat yang jauh dari org yang Mamaz kenali sebab tak sanggup nak tgk org2 yang Mamaz kenali melakukan kemungkaran.

kalau setakat kene saman menghalang lalulintas ke leh la tlg lagi mungkin ada kecemasan kot terpaksa buat begitu...so kawan2,sedara-mara or sesapa yang mengenali Mamaz atau Mamaz kenali mereka cubelah jadi hamba Allah SWT dan umat Muhammad SAW yang terbaik setiap hari. Kumpullah pahala, masa kita pn bukannye banyak lagi...ntah bile kite akan pulang kepada Nya...tanda2 kiamat pn makin byk skrg ni.

Kalau suatu hari nanti kite perlu berperang untuk mempertahankan Islam,insya'Allah Mamaz akan cuba berjuang bersama2 saudara seislam yang lain.

Moga Allah Membuka hati hambaNya untuk bertaubat dan seterusnya menjadi hambaNya yang beriman di Dunia dan di Akhirat....Amin Yarrabbal'alamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...