Saturday, September 28, 2013

Makaroni Cheese Bakar

Assalamualaikum,
lama dah tak dapat menulis di blog ni...tak tau la masih ada follower atau tidak tapi kalau ada, Alhamdulillah...dan terima kasih.

Anak Mamaz buat permintaan nak Makaroni Cheese tapi mama die tak pandai so masa kt pasar raya Mamaz suh la die amik bahan2nya (itu pun die google guna Blackberry die).

So tengahari tadi free sebelum nak g weekend class Mamaz so Mamaz pun berhajat untuk buat MCB ni...tapi yang kelakarnye Mamaz pun buka resepi guna phone so bile org msg atau call terkeluar la blog yg tulis pasal resepi ni so setiap kali buka balik terpergi kat blog org lain plak(clumsy tul Mamaz ni).

Jangan buang masa lagi kita cuba resepi Mamaz lak k...
Tujuan sebenar untuk simpanan sendiri takut terlupa kalau nak cuba lagi next time...

Macaroni Cheese Bakar

Tinggal ni je yg sempat snap

Bahan A (Direbus):

Macaroni           150 gram
Ubi Kentang      1 biji saiz sederhana/besar
(Lepas ni nak cuba bubuh kiub nenas lak)
Garam & Gula   Secubit

Bahan B (Ditumis):

Bawang Putih(dihiris)                               2 ulas
Bawang Besar/Holland(dipotong dadu)   1 labu
Cili Boh                                                  2 sudu besar (tadi bubuh 1 sudu tak rasa pedas langsung)
Cili Sos                                                   1 sudu besar
Sos tiram                                                1 sudu kecil
Daging cincang Ramly                             150 gram
Gula                                                        secubit

Bahan C (direneh):

Keju Cheddar          60 gram (1/4 dari Bar keju tu)
Keju Parmesan         2 sudu besar
Susu Segar               1 cawan
Buttercup                 10 gram
Air                            1/2 cawan
(jika perlu saja-tambah air sikit kalau pekat atau kering)

Bahan Lain:

Telur          1 biji
Seasoning
(Takde pun takpe)

Cara memasaknya:
  1. Semasa merebus makaroni campurkan sedikit garam + gula dan sedikit minyak. lepas dah kembang dan lembut bolehlah ditoskan.
  2. Kentang juga direbus mcm makaroni tapi tanpa minyak. Selepas tu di potong dadu.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar/holland hingga naik bau dan masukkan cili boh seterusnya tumis hingga cili betul2 masak kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging dah sebati masukkan juga sikit garam + gula.
  4. sambil tu sapukan mentega/butter pada loyang dan panaskan oven dalam 10 minit.
  5. untuk orang yang 'RAJIN'(Sarcasm for myself) mcm Mamaz ni...Mamaz masukkan je susu segar dalam periuk yg menumis tu tadi...then masukkan je semua bahan C untuk cairkan keju2 tu.
  6. kalau rasa nak sos tu pekat boleh je tambahkan tepung gandum sikit dalam sesudu sambil masak bahan B dan bahan C dengan api sederhana.
  7. campurkan makaroni tu + kentang dengan sos yg dh pekat sikit tu then tutup api. Gaul semua bahan tadi dengan telur  dan masukkan dalam loyang. Taburkan seasoning atau oregano atau serbuk atas makaroni sikit2 je.
  8. Hiris keju cheddar nipis2 dan susun atas makaroni hingga menutupi loyang tersebut. Taburkan cheese parmesan secara merata juga atas makaroni tersebut.
  9. Bakar makaroni cheese tu selama 1/2 jam dengan api atas bawah dengan suhu 100 darjah.
Gambar2 ni Mamaz cuma share je bahan apa yang Mamaz guna bukan tujuan promosi jenama ke apa k...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...