Monday, March 28, 2011

Pengeluaran KWSP untuk kesihatan

Syarat-syarat Pengeluaran
Anda atau ahli keluarga yang menghidap penyakit kritikal yang diluluskan oleh Lembaga KWSP seperti berikut:
  • Anemia Aplastik
  • Sindrom Apalik
  • Penyakit Alzheimer
  • Tumor Otak Benigna
  • Buta
  • Kanser
  • Kardiomiopati
  • Penyakit Hati Kronik
  • Penyakit Paru-Paru Kronik
  • Koma
  • Penyakit Arteri Koronari
  • Pekak
  • Ensefalitis
  • Hepatitis Virus Fulminan
  • Serangan Penyakit Jantung
  • Penggantian Injap Jantung
  • Kegagalan Buah Pinggang
  • Kehilangan Upaya Hidup Sendiri
  • Hilang Kebolehan Bertutur
  • Kebakaran Parah
  • Trauma Kepala Utama
  • Pemindahan Organ Utama
  • Medullary Cystic Disease
  • Meningitis
  • Penyakit Neuron Motor
  • Sklerosis Berbilang
  • Distrofi Otot
  • Kelumpuhan
  • Penyakit Parkinson
  • Poliomielitis
  • Pulmonari Utama
  • Strok / Angin Ahmar
  • Pembedahan Aorta
  • Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Mephritis
  • Penyakit Membawa Maut
  • Hilang Upaya Kekal
Tambahan 3 penyakit kritikal bagi ahli / keluarga ahli berumur di bawah 16 tahun seperti berikut:
  • Lelah / asma yang teruk
  • Leukemia
  • Intellectual Impairment Due to Accident or Sickness
Ahli keluarga yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini adalah seperti berikut:
  • Suami/Isteri
  • Anak/Anak Tiri/Anak Angkat
  • Ibu Bapa/Ibu Bapa Mertua/Ibu Bapa Tiri/Ibu Bapa Angkat
  • Adik Beradik
Kos rawatan perubatan yang dibenarkan
  • Kos rawatan perubatan adalah meliputi semua kos yang dikenakan oleh pihak hospital/pusat rawatan yang berkaitan dengan rawatan pesakit berkenaan
Laporan Perubatan/Bil Rawatan Sebenar ('Final Bill') DAN Resit Bayaran
  • Laporan perubatan, [bil rawatan sebenar ('final bill')] dan resit rawatan tidak melebihi 1 tahun daripada tarikh permohonan dikemukakan
  • Bil dan resit mesti atas nama pesakit atau pemohon
Anda boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk membiayai kos rawatan perubatan pesakit tertakluk kepada kos rawatan perubatan.

Anda boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2 tertakluk kepada kos rawatan perubatan.

Anda tidak layak memohon sekiranya:
  • Menghidap penyakit selain daripada penyakit kritikal yang diluluskan
  • Kos perubatan anda dan ahli keluarga dibiayai sepenuhnya oleh majikan anda/majikan ahli keluarga yang dibenarkan
  • Anda mendapat rawatan kesuburan
  • Anda mendapat rawatan alternatif seperti akupuntur atau kaedah tradisional
Klik sini untuk Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03 – 89226000 atau kunjungi cawangan KWSP yang terdekat.

(Sumber: Laman Web KWSP)

Kerajaan teliti cadangan keluarkan KWSP untuk rawatan kesuburan


2011/03/25 (Berita Harian Online)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meneliti kemungkinan menyarankan kepada kerajaan supaya membenarkan pasangan suami isteri mengeluarkan wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rawatan kesuburan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata ini berikutan kos rawatan seperti "in-vitro fertilisation" (IVF) amat tinggi iaitu mencecah RM5,000 setiap rawatan yang mempunyai ratio kehamilan antara 30 dan 40 peratus.
"Kita meneliti kemungkinan menyarankan kepada KWSP membenarkan pasangan terbabit mengeluarkan simpanan Akaun 2 mereka untuk tujuan itu.
"Pengeluaran itu bagi tujuan rawatan kerana isu kesuburan juga dianggap sebagai satu penyakit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Perubatan Reproduktif Kebangsaan kedua, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rosnah berkata, sekalipun kerajaan memberi subsidi bagi rawatan kesuburan, ada pasangan terpaksa mengeluarkan kos sehingga RM100,000 sebelum usaha mereka berjaya.

Katanya, kementerian itu menganggap masalah sukar hamil sebagai satu penyakit dan menyediakan rawatan terapeutik bagi wanita terbabit.

Rosnah berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan kadar kesuburan di negara ini merosot daripada 3.4 pada 1994 kepada 2.3 pada 2008 dan angka itu akan terus menurun.
Sementara itu, Tengku Puan Pahang Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan bekas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dinobatkan kongres sebagai penerima anugerah khas atas sumbangan mereka dalam bidang perubatan reproduktif di negara ini. - BERNAMA

Thursday, March 17, 2011

Panduan Solat Qasar dan Jama'

 "Entry kali ni aku publish untuk dikongsi bersama semua pembaca dan sesiapa yang pernah bertanya pada Mama Maz sebelum ni kalau ade yang tersalah minta diampunkan la yer"
Panduan Solat Qasar Dan Jama'
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;       “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” 
     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,       solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” 
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4  Syarat Solat Qasar
      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5  Contoh Niat
                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
      Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala

2.0 Solat Jama'
2.1   Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’). 2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
                                                i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
      ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.   2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2  Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Tuesday, March 1, 2011

Dilema

Mama Maz confuse bila orang yang kita tanya atau minta kebenaran untuk berbuat sesuatu jawapannya begini :-

 Mama Maz : Boleh tak saya nak pergi kursus ni?

         Mr. X : Nanti kita discuss.

so, Mama Maz ni pun tunggu la masa bila nak discuss tu tapi tak discuss2 sampai bila pun tak tau keputusannya.

especially, kalau situasi begini lak : -

 Mama Maz : Kawan saya nak sewa kereta anda          boleh tak dan berapa bayarannya?

         Mr. Y : Entahlah. Nanti kita discuss.

so, apa jawapan anda? yang pasti saya perlukan jawapan dan keputusan melainkan saya diberi kuasa untuk membuat keputusan tanpa tanya orang lain dahulu.  
Ya atau Tidak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...