Salam,
ntah kenapa 2-3 hari ni Mazz rasa cukup sensitif.
Boleh ker sebab hubby g SSM dgn kawan lelaki die je pn Mazz leh nangis mcm orang putus cinta BF kene rampas orang. Bak kata orang 'Frust Menonggeng'. tapi lepas tertengok gambar ni masa cari gambar2 frust menonggeng kt google terus tergelak,comellll...hihi.
Mungkin gak sebab 2-3 hari ni semua benda yang Mazz rancang untuk dapatkan dalam masa terdekat ni menuju ke jalan buntu. Hmmm....ntah apela salah yang Mazz dah buat ekk? Moga Allah Swt ampunkan segala dosa Mazz.
Hari ni plak dapat surat penilaian prestasi, sekali lagi Mazz menangis sebab bukan tak leh terima cuma rasa sampai tahap ni bos aku nilaikan aku....tahap paling special la mcm i dh buat ofis ni rugi berbillion ringgit,mcm dh menjatuhkan reputasi company dan mcm disiplin aku ni MC smpi 3 bulan,masuk keje lewat dll...
Padahal,aku sanggup tak breakfast sekadar buat air milo itupun minum kt meja.
tghr pn tak keluar g mana2 just tdo kt basement dlm kete... Admin pn tak leh print report kelewatan jabatan aku yg sekadar 3 org ni sebab takde staf yg lewat....so what do u expect?
Thanks la coz u already tarnished my name.
Wednesday, February 23, 2011
Thursday, February 17, 2011
Unexplained about....
Ketidaksuburan Yang Tidak dapat Dijelaskan (Unexplained Infertility)
Selalunya bagi pasangan yang mengalami masalah kesuburan, satu siri ujian akan dijalankan untuk mengetahui sebab mengapa anda sukar hamil.Walaubagaimanpun, terdapat pasangan walaupun sudah menjalani pelbagai ujian, masih tidak mendapat jawapan yang tepat mengapa mereka gagal hamil. Situasi begini memang menimbulkan frustasi dan rasa tidak puas hati dikalangan pasangan terbabit. Keadaan ini berlaku 10% dari pasangan yang gagal hamil keseluruhannya.
Anda dikatakan mengalami unexplained infertility (UI) sekiranya anda bertelur setiap bulan salur peranakkan sihat dan tidak tersumbat dan juga:
- Anda tiada endometriosis
- Anda tidak mempunyai masalah parut pada pelvis
- Suami mempunyai bilangan sperma yang tinggi dan bermutu
Penyebab yang mungkin
Anda mungkin mengalami penyebab ini sekiranya anda masih tidak dapat hamil:Ketidaknormalan pada saluran peranakkan (Fallopian Tubes)
Salur fallopian adalah satu struktur pada rahim yang bertindak membawa telur dari ovari ke rahim. Ia mempunyai bentuk seperti jari pada hujung menolong membawa telur dari ovari Ia juga mempunyai struktur seperti bulu halus pada salurannya yang menolong membawa telur atau embro kearah rahim.
Telur yang tidak normal
Walaupun ovari mempunyai beribu- ribu telur, tidak semua dari telur ini sesuai untuk disenyawakan. Telur perlu berada dalam bentuk yang normal, sihat untuk berjaya disenyawakan. Sekiranya anda mempunyai kualiti telur yang tidak baik, sukar untuk anda hamil.
Sindrom ‘Unruptured Luteinized Follicles’
Semasa saat ovulasi, telur anda mungkin terperangkap didalam folikel yang melindunginya dan menghalang dari disenyawakan. Kadang-kadan folikel akan terus jadi cospus luteum sebelum sempat ia pecah menyebabkan telur tidak dapat dikeluarkan dan ovulasi tidak berlaku.
Fasa Luteal tidak normal
Selalunya apabila ovulasi berlaku, fasa luteal bermula. Dalam fasa ini, corpus luteum akan mengeluarkan hormon progesterone yang akan memberikan stimulasi kepada rahim, sebagai persiapan untuk kehamilan. Kadang-kadang terdapat masalah dengan hormon ini yang mungkin naik terlalu cepat atau terlalu perlahan atau mungkin ia tidak dikeluarkan dengan secukupnya. Oleh sebab itu, rahim tidak bersedia sepenuhnya untuk hamil.
Merawat masalah UI
Sekiranya anda mengalami UI, tak sepatutnya anda merasa hilang harapan. Masih ada peluang untuk anda hamil secara semulajadi walaupun tanpa sebarang ubat subur. Peluang anda untuk hamil dalam masa 3 tahun lebih kurang 30 % .- Ubat subur seperti clomiphene citrate boleh menolong ovari supaya mengeluarkan telur lebih dari satu, seterusnya meninggikan peluang untuk persenyawaan.
- IUI atau intrauterine insemination ialah satu jenis teknologi reproduksi yang meninggikan peluang sperma bertemu dengan telur. Sperma suami diletakkan kedalam alat catheter selepas persediaaan yang rapi dan dilepaskan kedalam rahim dengan harapan ia akan bersenyawa dengan salah satu telur anda.
- IVF atau bayi tabung uji pula boleh menolong sekiranya terdapat masalah dengan salur fallopian atau ovari. Telur dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan didalam tabung uji dengan sperma suami. Sebaik telur tersebut menjadi embrio, ia akan diletakan didalam rahim.
Thursday, February 10, 2011
Sakit Perut Tanda Kanser Perut
SAKIT perut jangan diambil mudah. Mungkin ramai daripada kita bila sakit perut anggap ia tidak serius dan biar hilang sendiri.
Kalau berubat pun memadai dengan menyapu minyak angin atau ambil ubat gastrik.
Tetapi hakikat yang perlu disedari ialah ia mungkin sebahagian daripada petanda awal kanser perut. Ini merupakan kanser ketujuh paling lazim dialami oleh lelaki dan kesepuluh paling lazim bagi wanita di Malaysia.
Berdasarkan statistik, kes kanser perut di negara ini telah meningkat berkali ganda sejak.
Statistik 2006 oleh Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61. 7 peratus daripada pesakit kanser perut. Ini diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).
Pakar Perunding Gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Jepun, Dr. Tekeshi Sano berkata, ramai tersalah anggap mengenai sakit perut sebagai masalah kesakitan biasa ekoran tersilap makan atau terlambat makan.
''Keadaan tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan, ia akan memberikan kesan sehingga membawa maut,''katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Dr. Sano, jika seseorang mengalami sakit perut lebih daripada dua kali seminggu secara berterusan ia kemungkinan mereka diserang kanser perut.
''Pemeriksaan awal penting untuk mengenal pasti atau mengesan kanser pada pesakit.
"Walaupun tidak ada gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser perut, namun penyakit ini boleh menyerang tanpa
sebarang tanda.
''Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian,'' ujar beliau.
Jelas beliau, melalui teknologi moden, kanser perut boleh dikesan tanpa perlu membuat pembedahan dan juga cepat.
''Kanser perut ini boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke dalam perut menerusi mulut ataupun dubur.
''Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa. Contoh tisu di tempat-tempat yang disyaki akan diambil untuk menentukan kehadiran sel barah itu,'' ujarnya.
Proses itu tidak menyakitkan kerana pesakit akan diberikan dos pelali terlebih dahulu.
Bagaimanapun, terdapat juga yang membuat secara terangan di mana satu alat sebesar jari kelingking akan dimasukkan melalui mulut.
Katanya, mereka yang menjalani rawatan tersebut dikenakan caj yang minimum kerana ada subsi kerajaan.
Kata Dr. Sano, sekiranya terdapat sel yang menyebabkan kanser dan masih di peringkat awal, pembedahan tidak perlu di lakukan.
''Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskop, bagaimanapun sekiranya berada di tahap yang serius pembedahan susulan akan dilakukan bagi mengelakkan keadaan semakin kritikal", kata beliau lagi.
Malah jangka masa untuk membuat rawatan itu juga tidak terlalu lama iaitu selama 10 hingga 20 minit.
Bagaimanapun sekiranya pesakit berada ditahap yang kritikal iaitu peringkat tiga dan empat ia mungkin sukar untuk dirawat.
''Rawatan bagi mereka ini lebih kepada radioterapi ataupun kemoterapi. Jalani pemeriksaan awal kerana ia boleh dikawal secepat mungkin," katanya.
Cara mengawal kanser peruT
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan dan cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana, pada waktu yang ditetapkan dan makanlah dengan tenang.
- Kekalkan berat badan yang sihat. Masalah pencernaan boleh terjadi tidak kira berapa berat badan anda. Tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ketara di kalangan mereka yang terlebih berat badan.
- Senaman aerobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang aktiviti otot-otot usus, membantu untuk membuang sisa-sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik setiap hari.
- Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.
- Disebabkan tekanan merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan bagi kebanyakan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.
- Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi.
Subscribe to:
Posts (Atom)