Monday, March 28, 2011

Pengeluaran KWSP untuk kesihatan

Syarat-syarat Pengeluaran
Anda atau ahli keluarga yang menghidap penyakit kritikal yang diluluskan oleh Lembaga KWSP seperti berikut:
  • Anemia Aplastik
  • Sindrom Apalik
  • Penyakit Alzheimer
  • Tumor Otak Benigna
  • Buta
  • Kanser
  • Kardiomiopati
  • Penyakit Hati Kronik
  • Penyakit Paru-Paru Kronik
  • Koma
  • Penyakit Arteri Koronari
  • Pekak
  • Ensefalitis
  • Hepatitis Virus Fulminan
  • Serangan Penyakit Jantung
  • Penggantian Injap Jantung
  • Kegagalan Buah Pinggang
  • Kehilangan Upaya Hidup Sendiri
  • Hilang Kebolehan Bertutur
  • Kebakaran Parah
  • Trauma Kepala Utama
  • Pemindahan Organ Utama
  • Medullary Cystic Disease
  • Meningitis
  • Penyakit Neuron Motor
  • Sklerosis Berbilang
  • Distrofi Otot
  • Kelumpuhan
  • Penyakit Parkinson
  • Poliomielitis
  • Pulmonari Utama
  • Strok / Angin Ahmar
  • Pembedahan Aorta
  • Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Mephritis
  • Penyakit Membawa Maut
  • Hilang Upaya Kekal
Tambahan 3 penyakit kritikal bagi ahli / keluarga ahli berumur di bawah 16 tahun seperti berikut:
  • Lelah / asma yang teruk
  • Leukemia
  • Intellectual Impairment Due to Accident or Sickness
Ahli keluarga yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini adalah seperti berikut:
  • Suami/Isteri
  • Anak/Anak Tiri/Anak Angkat
  • Ibu Bapa/Ibu Bapa Mertua/Ibu Bapa Tiri/Ibu Bapa Angkat
  • Adik Beradik
Kos rawatan perubatan yang dibenarkan
  • Kos rawatan perubatan adalah meliputi semua kos yang dikenakan oleh pihak hospital/pusat rawatan yang berkaitan dengan rawatan pesakit berkenaan
Laporan Perubatan/Bil Rawatan Sebenar ('Final Bill') DAN Resit Bayaran
  • Laporan perubatan, [bil rawatan sebenar ('final bill')] dan resit rawatan tidak melebihi 1 tahun daripada tarikh permohonan dikemukakan
  • Bil dan resit mesti atas nama pesakit atau pemohon
Anda boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk membiayai kos rawatan perubatan pesakit tertakluk kepada kos rawatan perubatan.

Anda boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2 tertakluk kepada kos rawatan perubatan.

Anda tidak layak memohon sekiranya:
  • Menghidap penyakit selain daripada penyakit kritikal yang diluluskan
  • Kos perubatan anda dan ahli keluarga dibiayai sepenuhnya oleh majikan anda/majikan ahli keluarga yang dibenarkan
  • Anda mendapat rawatan kesuburan
  • Anda mendapat rawatan alternatif seperti akupuntur atau kaedah tradisional
Klik sini untuk Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03 – 89226000 atau kunjungi cawangan KWSP yang terdekat.

(Sumber: Laman Web KWSP)

Kerajaan teliti cadangan keluarkan KWSP untuk rawatan kesuburan


2011/03/25 (Berita Harian Online)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meneliti kemungkinan menyarankan kepada kerajaan supaya membenarkan pasangan suami isteri mengeluarkan wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rawatan kesuburan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata ini berikutan kos rawatan seperti "in-vitro fertilisation" (IVF) amat tinggi iaitu mencecah RM5,000 setiap rawatan yang mempunyai ratio kehamilan antara 30 dan 40 peratus.
"Kita meneliti kemungkinan menyarankan kepada KWSP membenarkan pasangan terbabit mengeluarkan simpanan Akaun 2 mereka untuk tujuan itu.
"Pengeluaran itu bagi tujuan rawatan kerana isu kesuburan juga dianggap sebagai satu penyakit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Perubatan Reproduktif Kebangsaan kedua, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rosnah berkata, sekalipun kerajaan memberi subsidi bagi rawatan kesuburan, ada pasangan terpaksa mengeluarkan kos sehingga RM100,000 sebelum usaha mereka berjaya.

Katanya, kementerian itu menganggap masalah sukar hamil sebagai satu penyakit dan menyediakan rawatan terapeutik bagi wanita terbabit.

Rosnah berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan kadar kesuburan di negara ini merosot daripada 3.4 pada 1994 kepada 2.3 pada 2008 dan angka itu akan terus menurun.
Sementara itu, Tengku Puan Pahang Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan bekas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dinobatkan kongres sebagai penerima anugerah khas atas sumbangan mereka dalam bidang perubatan reproduktif di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...