Thursday, May 26, 2011

Apa ada dalam hati?

Since blog ni pun bernama Hati Mama Maz so arini Mamaz nak luahkan sedikit dari coretan hati yang terasa tapi tak terlihat. Mamaz tak tau kenapa lately ni Mamaz rase terawang-awang macam fizikal nampak jejak di bumi tapi hati dan fikiran tak tau pergi ke mana.

Ada dua tiga orang jugak la kat pejabat ni yang perasan Mamaz macam orang kene pukau apa orang cakap Mamaz ikut je tanpa bertanya sampaikan Mamaz keluarkan duit kt ATM pahtu kawan pejabat saja nak mengusik kononnye nak amik duit kat tangan Mamaz,yang peliknya Mamaz hulur je duit tu kt dia nasiblah dia jujur sekadar nak mengusik.

itu belum lagi kejadian kat rumah,Mamaz tak tau kenapa kekadang tanpa sedar Mamaz buat sesuatu seperti 'tuuuutttt(sensored la plak!sorry...). Satu lagi kejadian di ofis Mamaz nak solat lepas amik wuduk terus pki kain telekung tapi telekung atasnye tak pakai....hmmm.....apalah yang ada dalam kepala ni ek?

Mungkin banyak sangat benda yang nak difikirkan kot....baru sekejap ni Mamaz rasa rindu sgt kat seseorang tapi Mamaz rasa Mamaz tak dapat miliki hati dia cuma fizikal dia sahaja yang dapat Mamaz miliki.betul ker?

sesiapa yang baca blog ini esp post ni smpi ayat ni tolonglah doakan Mamaz dapat menguruskan segalanya dengan lancar...Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...