Saturday, July 30, 2011

KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG


KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG


ALLAH BAGI AKU JASAD SIAP DENGAN BAYANG-BAYANG
KAN LEBIH BERUNTUNG DARIPADA TIANG
BERDIRI TANPA ROH SIANG DAN MALAM

KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG
KERJA DAH BESAR… KELUARAGA DAH SENANG
NEGARA PUN AMAN… TIDAK LAGI HIDUP BERDAGANG
TAKKANLAH 5 MINIT… LIMA WAKTU
AKU TAK BOLEH NAK LUANG

KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG
BILA MAIN SANGGUP SAMPAI PETANG
BELI TIKET BOLA AKU SANGGUP BERATUR PANJANG
APAKAH AKU INGAT…
MASUK SYURGA BOLEH HUTANG…

KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG
AKU KENA INGAT… UMUR AKU TAK PANJANG
PAGI AKU SIHAT… PETANG AKU KEJANG
NANTI DALAM KUBUR… KENA BALUN SORANG-SORANG

KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG
SEKSA NERAKA CUBALAH AKU BAYANG
PERJALANAN AKHIRAT MEMANG TERLALU PANJANG
JANJI ALLAH AKAN TERTUNAI…
DAN TAK SIAPA BOLEH HALANG

KU INGATKAN DIRIKU… JUGA DIRIMU…
WAHAI KAWAN… WAHAI TEMAN… SEMATKAN
KATAKU INI DI HATI SEBAGAI PEDOMAN
KU BERFIKIR SEJENAK PADA ORANG TUA BERPESAN
“SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN”

sharing from:chengkerik HENSEM's Blog
 

Tuesday, July 26, 2011

Miecyber's Blog: Tips elakkan di serang "Phishing"

Miecyber's Blog: Tips elakkan di serang "Phishing": "Phishing adalah aktiviti mencuri maklumat peribadi dan perbankan pengguna internet .Ia merupakan salah satu jenayah siber yang utama..."

Wednesday, July 20, 2011

Status Facebook yang membahayakan diri dan keluarga.

Assalamualaikum,
Hari ni Mamaz terdetik nak post mengenai status rakan di Facebook atau dalam Bahasa Melayunya Mukabuku.
Maaflah kalau ada rakan2 yang terasa sebab Mamaz tengok ramai yang suka update tempat dan barang2 mewah yang baru beli atau dapat, Mamaz automatik terfikir benda-benda macam ni....contohnya:

1. bile update tempat2 mcm ni esp bgtau umah kite di mana dan plus memang dh berlambak gambar kite yg berdiri,duduk,jauh,close up...kan bahaya kalau orang yang mungkin ada niat jahat ngan kita(mungkin org tu kita kenal2 gitu je tp add as friend!) tunggu depan pangsapuri ni dan dapat cam kita...mcm2 leh jadi kan? apetah lagi duduk umah menyewa anak dara je pulak tu....


2. ni lagi status yang menunjukkan kehidupan dan gaya hidup anda. cuba kita bayangkan klu kedua2 status ini kita sentiasa buat so rumah kita pn org dah tau....ape barang2 yang ada kt umah kita pn org dh tau...

orang dh boleh buat plan untuk merompak atau ape sahaja jenayah boleh dilakukan...tp u all jgn nk berangan lak nk wat benda ni kt gmbr di atas ni lak...sebab 2 status ni bukan org yg sama dan tidak tinggal di tempat yang sama malah tidak mengenali pn antara satu sama lain,hihi...

so berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu....Wassalam.

Sunday, July 17, 2011

Makan untuk sihat @ Sihat sebab banyak makan?


Kebanyakan anak yang sedang membesar memang berselera makan....
Ini mungkin menggembirakan hati ibubapa. Sungguhpun begitu, beberapa perkara mengenai tabiat makan perlu diberi perhatian; bukan sahaja untuk menjaga adab tetapi juga kesihatan mereka.

Anda tentu tidak mahu anak-anak mengalami masalah obesiti dan kesihatan lain yang mempunyai kaitan dengan makanan akibat tabiat makan mereka tidak dikawal. Antara yang anda boleh lakukan: 1. Melatih anak untuk makan perlahan-lahan, tidak gelojoh dan bersopan di meja makan.
2. Membiasakan anak dengan waktu makan yang betul, dan tidak makan pada waktu yang tidak sepatutnya. Contohnya pada tengah malam.

3.
    Ingatkan anak-anak agar jangan makan terlalu banyak kerana jika terlalu kenyang, mereka mungkin akan memuntahkan kembali apa yang dimakan.

4. Perkenalkan anak kepada makanan yang berzat dan sihat. Terangkan  mengapa mereka perlu mengambil sesetengah makanan lebih berbanding yang lain. Anak-anak juga perlu tahu mengapa mereka perlu mengelak sesetengah makanan dan minuman.

 
Lemak dan manis; memang digemari ramai, tetapi jika diambil berlebihan adakah makanan ini sihat?


Dalam penyediaan makanan anak pula, ibu bapa perlu memerhatikan beberapa perkara:

1. Makanan berlemak

Pengambilan lemak dalam kuantiti yang tidak dikawal bukan hanya boleh menyebabkan si kecil mengalami sakit perut, cirit-birit dan sembelit, tetapi juga masalah obesiti.  Contohnya makanan berkeju, mentega, susu penuh krim yang digemari kanak-kanak. Selain itu daging merah dan makanan bersantan juga perlu dikawal pengambilannya kerana mengandungi lemak.

2. Makanan manis dan masin

Kanak-kanak memang suka makanan dan minuman yang manis, tetapi jika terlalu banyak  boleh menjejaskan kesihatan gigi dan lebih menakutkan diabetes.

Bentuk tabiat pengambilan gula yang sihat sejak anak masih kecil, dengan melatih mereka mengambil makanan dan minuman yang kurang manis.
Begitu juga dengan makanan yang mengandungi garam, pengambilan bahan perasa ini juga perlu dikawal.

Friday, July 1, 2011

Saya bangga dengan kak lily...

Beberapa bulan sebelum ni Mamaz ada terbaca mengenai seseorang yang istimewa ni dalam utusan, beliau seorang yang begitu bersemangat dalam bidang penulisan. So Mamaz pun buka lah blog die dan terus follow.

Apa yang Mamaz kagum ialah kekentalan jiwa beliau sebab Mamaz dari kecik selalu menulis atau meluahkan sesuatu dengan mencoretkan pada sekeping kertas dan diari. sampai suatu ketika Mamaz berhenti menulis tapi entah kenapa Mamaz pun tak pasti. Mungkin dulu Mamaz takde kawan almaklumlah jarak umur Mamaz dengan abang2 pun jauh2 20 tahun, 18 tahun dan 16 tahun. lagipun semuanya lelaki so mmg takde geng lah kan? Abah and mak plak agak control skit tak bagi keluar rumah lame or jauh or lepak2 rumah org. (tapi klu difikirkan sekarang memang patut pun buat gitu,tgklah anak2 zaman skrg ramai yang terlalu sosial). Tapi bila start masuk U, dah ramai kawan2 mulalah kertas dan diari tu pun dilupakan. tapi seronok bila baca balik diari tu mcm sebuah drama lak...hihi.

Bila Mamaz baca blog kakak Lily ni hati Mamaz teringat sangat Mamaz suatu ketika dulu, Mamaz tulis novel tapi tak sempat buat bab akhir abah dah buang mungkin die nak berkemas so ingat tu kertas/buku conteng almaklumlah memang tulisan Mamaz ni pun macam cakar ayam. Tapi apa yang Mamaz nak cite dalam post ni Kak Lily punya keberanian untuk meluahkan dan mengekpresi diri dan yang pasti keberanian itu Mamaz tak miliki.

Mamaz juga punya cerita dan pengalaman yang banyak sama ada yang suka atau duka yang pakej bersama luka untuk dikongsi sebagai bacaan mahupun panduan. Apa yang kak lily buat semuanya adalah impian dalam mimpi Mamaz sahaja,rasa nak buat tapi tak buat. sebab Mamaz tak seberani dan setabah beliau untuk meluahkan semuanya,biarlah Mamaz simpan segalanya....

Wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...