Friday, July 1, 2011

Saya bangga dengan kak lily...

Beberapa bulan sebelum ni Mamaz ada terbaca mengenai seseorang yang istimewa ni dalam utusan, beliau seorang yang begitu bersemangat dalam bidang penulisan. So Mamaz pun buka lah blog die dan terus follow.

Apa yang Mamaz kagum ialah kekentalan jiwa beliau sebab Mamaz dari kecik selalu menulis atau meluahkan sesuatu dengan mencoretkan pada sekeping kertas dan diari. sampai suatu ketika Mamaz berhenti menulis tapi entah kenapa Mamaz pun tak pasti. Mungkin dulu Mamaz takde kawan almaklumlah jarak umur Mamaz dengan abang2 pun jauh2 20 tahun, 18 tahun dan 16 tahun. lagipun semuanya lelaki so mmg takde geng lah kan? Abah and mak plak agak control skit tak bagi keluar rumah lame or jauh or lepak2 rumah org. (tapi klu difikirkan sekarang memang patut pun buat gitu,tgklah anak2 zaman skrg ramai yang terlalu sosial). Tapi bila start masuk U, dah ramai kawan2 mulalah kertas dan diari tu pun dilupakan. tapi seronok bila baca balik diari tu mcm sebuah drama lak...hihi.

Bila Mamaz baca blog kakak Lily ni hati Mamaz teringat sangat Mamaz suatu ketika dulu, Mamaz tulis novel tapi tak sempat buat bab akhir abah dah buang mungkin die nak berkemas so ingat tu kertas/buku conteng almaklumlah memang tulisan Mamaz ni pun macam cakar ayam. Tapi apa yang Mamaz nak cite dalam post ni Kak Lily punya keberanian untuk meluahkan dan mengekpresi diri dan yang pasti keberanian itu Mamaz tak miliki.

Mamaz juga punya cerita dan pengalaman yang banyak sama ada yang suka atau duka yang pakej bersama luka untuk dikongsi sebagai bacaan mahupun panduan. Apa yang kak lily buat semuanya adalah impian dalam mimpi Mamaz sahaja,rasa nak buat tapi tak buat. sebab Mamaz tak seberani dan setabah beliau untuk meluahkan semuanya,biarlah Mamaz simpan segalanya....

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...