Wednesday, February 15, 2012

UPSR 2009: 5A PMR 2012: ?

PMR 2012 hanya tinggal 236 hari lagi kalau ikutkan 'Countdown' dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermakna tarikh PMR akan bermula pada:
Ujian Bertulis 9-11 Oktober 2012 (Selasa hingga Khamis)
  15 - 16 Oktober 2012 (Isnin hingga Selasa)

Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR


Mamaz risau pulak dengan anak dara Mamaz yang nak hadapi PMR tahun ni sama ada dia dah bersedia atau belum? Walaupun dia pernah mendapat 5A dalam keputusan UPSR dulu tapi itu semua pun dengan usaha yang amat keras,itu baru UPSR...dapatkah lagi melihat kegirangan yang sama pada tahun ni?















Inikan pulak peperiksaan yang lebih besarkan? Oleh itu, Mamaz rasa dia patut lebih berusaha keras dari masa dia darjah 6 tu. Mamaz harap kalau tahun ni dia rasa kami agak 'strict' skit, moga dia faham yang Mama dan Papa dia ni sedang membantu dia untuk lebih berusaha agar cemerlang.

Sedikit Coretan untuk beliau:

Adik,
Mama faham yang adik rasa penat sekarang sebab kena belajar untuk PMR sekaligus belajar berdikari.
Mama dan Papa bukan berniat nak menyiksa anak kesayangan kami cuma ini adalah untuk kebaikan adik.
Kami pun kesian sebenarnya tapi demi masa depan adik kami juga perlu tahankan hati ni.

Adik,
Penat Lelah yang adik rasai sekarang ini adalah bayaran yang adik perlu bayar untuk kesenangan dan kegembiraan adik kemudian hari. Kami tak dapat apa-apa dari kejayaan adik tu tapi sekiranya anak kami berjaya dalam hidupnya,kami dapat merasakan kelegaan hati kami kerana usaha kami mendidik anak terasa terbalas dan kami yakin hidup anak kami akan lebih baik dari kami.

Adik,
Kami takut sekiranya adik tak berjaya dalam pelajaran dan hidup ni,adik akan menghadapi kesulitan apatah lagi sekiranya kami sudah tiada lagi dalam dunia ini. Adakah insan lain selain dari ibu bapa yang boleh sudi membantu atau adakah insan lain akan mencaci dan mengeji anak kami?
Kami tak nak tengok anak kami mengutip sampah, membasuh pinggan di gerai2 atau meminta sedekah demi sekadar ingin mengisi sesuap nasi. Luluh hati kami sekiranya itu jalan yang adik pilih setelah kami penat mendidik dan berdoa untuk kesejahteraan adik.Untuk itu diri adik sendiri juga perlu bersungguh-sungguh untuk berubah, berdoa dan berusaha seperti:

Sebagaimana firman Allah s.w.t: dalam surah ArRad Ayat 11:
Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka berusaha merubah nasib mereka sendiri”.

Adik,
Ikhlas dari hati Mama, Mama berjanji akan mendoakan kejayaan dan kecemerlangan adik dalam setiap solat Mama. Mama minta maaf atas apa-apa yang Mama lakukan telah  menyebabkan ketidaksenangan pada hati adik. Moga adik sentiasa dibawah lindungan dan rahmat dari Allah SWT...Amin Yarabbal'alamin.

12 comments:

  1. All the best to your daughter... Moga kejayaan miliknya... :) Ameeeeennnn...

    ReplyDelete
  2. Berkat doa daripada seorang ibu, insyaAllah boleh.. Good luck.
    Doa seorang ibu tu kan selalu makbul. ^__^

    ReplyDelete
  3. Aminnn...time kasih idun n naurah alwani.

    ReplyDelete
  4. Aminnn...time kasih idun n naurah alwani.

    ReplyDelete
  5. insyaAllah kalau ada rezeki tuk dapat straight As xkan kemana

    ReplyDelete
  6. Omedetou gozaimasu...

    Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

    http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape tu tak paham...yg saya tau domoarigato...watashiwa mazni des...agenki disukak?...genki des...doszu...

      Delete
  7. Replies
    1. thanks,gambar biasa je gune phone nokia...hehe...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...