Thursday, March 29, 2012

Osteoarthritis (OA)

Assalamualaikum,
hampir setengah hari Mamaz translate benda ni tapi kalau ada kesalahan tu minta ampun la sgt2 yer...klu boleh komenla ape yg salah atau kurang...so jika anda menghargai apa yang Mamaz lakukan ni bacalah sampai habis Post ni ye dan amalkan k...thanks.

Osteoarthritis (OA)

 
Bagi sesiapa yang mengalami OA, terdapat kajian yang mengatakan diet yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan pada sendi-sendi anda.
Keradangan menghasilkan radikal-radikal bebas, molekul-molekul sel yang rosak terbentuk akibat tindakbalas dari toksin atau proses semulajadi badan manusia.

Synovium (kusyen di antara sendi lutut) adalah mudah terdedah kepada kerosakan seperti juga kulit, mata, atau apa-apa tisu badan yang lain.

Antioksidan melindungi tubuh daripada radikal bebas. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa antioksidan yang tertentu boleh membantu mencegah artritis, memperlahankan perkembangan, dan melegakan kesakitan. Vitamin C adalah bahan antioksidan yang perlu bagi pembangunan rawan. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan rawan lemah dan meningkatkan gejala-gejala osteoartritis. Quercetin bioflavonoids dan antosianin juga adalah antioksidan. Kesan anti-radang quercetin serupa dengan ubat-ubatan anti-radang nonsteroidal (seperti aspirin dan ibuprofen). Sumber yang baik quercetin termasuk bawang (merah, kuning, putih), kale, sayur, tomato ceri, brokoli, blueberi, currants hitam, lingonberries, serbuk koko, teh hijau, aprikot dan epal dengan kulit.

Berat badan yang sihat juga merupakan satu komponen penting untuk menguruskan OA lutut. Mengurangkan pengambilan lemak berlebihan dapat menjaga lutut, ini kerana  lemak badan adalah metabolik aktif yang mampu menghasilkan hormon dan bahan kimia yang sebenarnya meningkatkan tahap keradangan.
Cubalah langkah pengawalan kalori seperti kurangkan makan di luar, makan sedikit sahaja, tidak membeli makanan yang berkalori tinggi dan cuba makan sup sebagai permulaan untuk mengawal kelaparan.
Pelbagai kajian mengenai vitamin D telah dilakukan, tetapi beberapa kajian menunjukkan vitamin D boleh membantu menghalang kerosakan rawan, dan mengurangkan risiko penyempitan ruang sendi. Inilah makanan yang kaya dengan Vitamin D : salmon liar, sardin, udang, susu yang diperkaya, ikan kod, dan telur.  Terdapat  juga Vitamin D (dan kalsium) dalam makanan yang diperkaya seperti jus oren, bijirin sarapan pagi, tauhu, dan yogurt.

Beta-karotena adalah satu lagi antioksidan yang kuat, boleh membantu memusnahkan radikal bebas sebelum ia boleh menyebabkan kerosakan yang berlebihan kepada sendi. Beta-karotena mudah untuk dikenal pasti kerana ia memberikan warna oren terang kepada buah-buahan dan sayur-sayuran  contohnya seperti lobak merah. Sumber lain juga termasuk ubi keledek, kale, labu, sawi, belewar, salad Romaine, bayam, pasli, aprikot, daun pudina, tunas Brussel, tomato, brokoli dan asparagus.

Lemak yang paling sihat bagi orang-orang OA (atau lain-lain gangguan radang) adalah asid lemak omega-3. Omega-3 sebenarnya bekerja untuk mengurangkan keradangan dengan menghalang pengeluaran sitokin dan enzim yang menyebabkan kerosakan rawan. Makanan yang paling tinggi asid lemak omega-3 ialah ikan salmon (liar, segar atau tin), herring, tenggiri (bukan raja), sardin, ikan bilis, pelangi trout, tiram Pasifik, omega-3-diperkaya telur, flaxseed (goji), dan walnut.

Sesetengah rempah mempunyai kesan anti-radang juga. Antara paling baik adalah halia dan kunyit. Parut halia segar campurkan dengan kentang goreng, tambah sos salad, minum teh halia, dan makan makanan serat tinggi serta muffins. Kunyit rendah lemak, kadang-kadang dipanggil curcumin, adalah rempah-kuning mustard dari Asia. Ia adalah bahan utama dalam kari kuning. Kajian saintifik telah kunyit boleh membantu keradangan dari bahan kimia badan.

Oleh itu, apakah yang perlu anda makan?
  1. Cubalah Sup Sayuran yang Pedas.
  2. Makanan yang mengandungi Vitamin C Antioksida seperti betik, paprika, oren, tembikai, kubis bunga, limau gedang, nanas, brokoli, strawberi, kiwi, kale, tomato, raspberi, atau jambu batu.
  3. Salmon Liar panggang dengan salsa Alpukat(Avocado)bersama Timun ala2 salad gitu.
  4. Tembikai susu/cantaloupe/rock melon.
  5. Walnut sebagai snack.
  6. Minum Air Teh Hijau Halia Ais.
  7. Chicken Curry.
Ia jelas bahawa strategi terbaik untuk menjaga gejala osteoarthritis di lutut adalah dengan menurunkan berat badan jika berlebihan,selain itu warnailah pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta nikmatilah makanan yang berasaskan ikan, kacang dan minyak yang sihat.

Lutut anda (dan pinggang anda) juga akan berterima kasih kepada anda.


sumber:Yahoo!

Wednesday, March 28, 2012

Psoriasis

Assalamualaikum,
Mamaz nak share pasal Psoriasis tapi tak pasti apa penyakit ni dalam bahasa Malaysia dan
agak takde masa nak translate so Mamaz just dpt 'copy n paste' je la yer...

Moga boleh dijadikan sesuatu yang berguna juga untuk orang lain....

Finding Psoriasis Treatments at Home

Psoriasis is a complex, reoccurring autoimmune disorder characterized by red, flaky patches on the skin. Even though there is no cure, many treatments exist to ease the symptoms. Some aren't far away from your computer screen.
Here are some pictures of psoriasis and seven simple treatments to help quiet its signs.

In the Medicine Cabinet

Dietary supplements can help ease psoriasis symptoms from the inside. Fish oil, vitamin D, milk thistle, and evening primrose oil have been successful for some. It's important to only take supplements that do not interfere with other pre-existing conditions or have harmful side effects. Fish oil applied directly to the skin has also been known to work well for some.

Moisture Everywhere

Use a humidifier to keep the air in your home or office moist. It can prevent dry skin before it starts. Sensitive-skin moisturizers are also great at keeping your skin supple and from forming plaques.

No Dyes or Perfumes

Most soaps and perfumes have dyes and fragrances in them. Sure, they can make you smell great but they also can inflame psoriasis. Choose products labeled as "sensitive skin" – these are made without the dyes and perfumes that can irritate skin.

From the Kitchen, Part 1

Diet can play a pivotal role in managing psoriasis. Eliminating red meat and fatty foods have been effective for some. The National Psoriasis Foundation lists soy, nuts, chocolate, and cranberries as a few "functional foods" for treatment.

From the Kitchen, Part 2

As healthy as olive oil is inside your body, it can have extra benefits for the skin. Applying olive or vegetable oil to scales and patches of psoriasis can lock moisture and nutrients in. Try massaging a few tablespoons on your scalp to help loosen troublesome plaques during your next shower.

In the Bathtub

Your dermatologist will tell you hot water is your skin's enemy, but a lukewarm bath with Epsom salt, mineral oil, milk, or olive oil can soothe the itching and infiltrate scales and plaques. Moisturize immediately after your bath for double benefits. Learn more how water can help on the next page.

Hard Water

Soft water is treated to only contain sodium, which isn't good for already dry skin. While hard water might leave more stains on your shower walls, it contains naturally-occurring minerals that some have found helps their psoriasis. Water pumped in from your local treatment plant is usually hard. If you're using a water softener in your home, turning it off could benefit your skin.

No One Answer

Unfortunately, there is no one single answer to stop psoriasis. What's worse is not everything works for everyone. Using some of the tips shown here, as well as using other treatment options, you can custom-tailor your daily routine to keep problem itching and flaking to a minimum.

Sumber: Yahoo!

Monday, March 12, 2012

LTAT's Annual Dinner - 7 Mac 2012

Assalamualaikum,
lama Mamaz tak update blog ni sebab busy dan takde isu,info atau apa2 yang nak dikongsikan.

Alhamdulillah,baru2 ni seperti tarikh di atas telah berlakunya sebuah Majlis Makan Malam Tahunan di Hotel Royal Chulan setelah 4 tahun kami tidak ada majlis gemilang tersebut.

Sepanjang berkhidmat mungkin ini adalah kali ke 3 atau ke 4 Mamaz menghadiri Majlis yang dianjurkan oleh pejabat Mamaz ni tapi klu ikutkan sepanjang hidup banyak gak la dah 'MENYEBOKKN' diri ke Majlis ni mengikut Ayahanda(Pesara) dan Bonda,almaklumlah anak bongsu perempuan tunggal mana boleh tinggal sorg2 kt umah...

Sepanjang berkhidmat ini adalah pertama kali Mamaz hadir sebagai tetamu means that selama ni mesti ade je tugasan mcm sertai Koir, AJK pendaftaran tetamu2 VVIP, back up singer kugiran(band) apetah lagi keje2 belakang tabir seperti membalut hadiah2 cabutan bertuah, membeli hamper2 dan sebagainya...
wif bff Aishah 2005


MyKugiran 2007  

gambar lain tak dapek nk upload sebab bukan zaman digital dan tak tau dh gambar2 tu kemana,hehe...
so ni gambar yang Annual Dinner yang terbaru 2012...
Selepas di Make Over di ST Make up Academy

Hubby n Dottie CT
Dengan Ayahanda tak sempat nak bergambar sebab malam tu malam rahmat kerana hujan tak berhenti2 dari petang sampai malam hingga kitorang basah kuyup dan hotel pun siap banjir...hahaha...manakala gambar Bonda dgn i tak leh upload sebab i dalam gambar tu "BERAT" sgt...hehe...(Faham2 jela yer....sgt2 chubby dan gebusss) maybe sebab anak dara ku salah teknik kotttt(???) semasa mengambil gambar tersebut.

Dan Malam Paling Gemilang tu memang penuh rahmat kerana saya adalah orang terakhir yang naik pentas untuk mengambil ni....teng3!!!!!
1st Grand Prize yang tak pernah termimpi la nak dapat...yg bestnye lepas dorg announce 2nd grand prize i dah tak amik port la MC tu sebut nombor untuk yg 1st Grand Prize sebab rasa macam takde kene mengena ngan Mamaz....tapi duk bergurau dgn my bff kt ofis Pn. Zuna sambil  kata,"Grand Prize pergi ke Beijing tak balik,untuk pergi jer....' tetiba dengar jeritan 2 suara jantan iaitu Mr. Hubby n kwn ofis aka jiran Mr. Azdy,"cuba tgk nombor kad tu"...ape lagi Mamaz terkejut terus menjerit then lari ke pentas n tanya Mr. MC dan YBhg. Datin Seri (Isteri Menteri Pertahanan) betul nombor 0626 yang dipanggil?...Beliau pun senyum seraya berkata'ya, betul..'. Btw, terima kasih pada Boustead Travel kerana sudi menyumbangkan 2 tiket pergi-balik ke Beijing.

Terima kasih kepada semua yang terlibat,memang ini adalah moment yang paling gembira pada malam tersebut walaupun pelbagai dugaan dan ujian terpaksa Mamaz hadapi sebelum dan selepas itu. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...