Thursday, March 29, 2012

Osteoarthritis (OA)

Assalamualaikum,
hampir setengah hari Mamaz translate benda ni tapi kalau ada kesalahan tu minta ampun la sgt2 yer...klu boleh komenla ape yg salah atau kurang...so jika anda menghargai apa yang Mamaz lakukan ni bacalah sampai habis Post ni ye dan amalkan k...thanks.

Osteoarthritis (OA)

 
Bagi sesiapa yang mengalami OA, terdapat kajian yang mengatakan diet yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan pada sendi-sendi anda.
Keradangan menghasilkan radikal-radikal bebas, molekul-molekul sel yang rosak terbentuk akibat tindakbalas dari toksin atau proses semulajadi badan manusia.

Synovium (kusyen di antara sendi lutut) adalah mudah terdedah kepada kerosakan seperti juga kulit, mata, atau apa-apa tisu badan yang lain.

Antioksidan melindungi tubuh daripada radikal bebas. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa antioksidan yang tertentu boleh membantu mencegah artritis, memperlahankan perkembangan, dan melegakan kesakitan. Vitamin C adalah bahan antioksidan yang perlu bagi pembangunan rawan. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan rawan lemah dan meningkatkan gejala-gejala osteoartritis. Quercetin bioflavonoids dan antosianin juga adalah antioksidan. Kesan anti-radang quercetin serupa dengan ubat-ubatan anti-radang nonsteroidal (seperti aspirin dan ibuprofen). Sumber yang baik quercetin termasuk bawang (merah, kuning, putih), kale, sayur, tomato ceri, brokoli, blueberi, currants hitam, lingonberries, serbuk koko, teh hijau, aprikot dan epal dengan kulit.

Berat badan yang sihat juga merupakan satu komponen penting untuk menguruskan OA lutut. Mengurangkan pengambilan lemak berlebihan dapat menjaga lutut, ini kerana  lemak badan adalah metabolik aktif yang mampu menghasilkan hormon dan bahan kimia yang sebenarnya meningkatkan tahap keradangan.
Cubalah langkah pengawalan kalori seperti kurangkan makan di luar, makan sedikit sahaja, tidak membeli makanan yang berkalori tinggi dan cuba makan sup sebagai permulaan untuk mengawal kelaparan.
Pelbagai kajian mengenai vitamin D telah dilakukan, tetapi beberapa kajian menunjukkan vitamin D boleh membantu menghalang kerosakan rawan, dan mengurangkan risiko penyempitan ruang sendi. Inilah makanan yang kaya dengan Vitamin D : salmon liar, sardin, udang, susu yang diperkaya, ikan kod, dan telur.  Terdapat  juga Vitamin D (dan kalsium) dalam makanan yang diperkaya seperti jus oren, bijirin sarapan pagi, tauhu, dan yogurt.

Beta-karotena adalah satu lagi antioksidan yang kuat, boleh membantu memusnahkan radikal bebas sebelum ia boleh menyebabkan kerosakan yang berlebihan kepada sendi. Beta-karotena mudah untuk dikenal pasti kerana ia memberikan warna oren terang kepada buah-buahan dan sayur-sayuran  contohnya seperti lobak merah. Sumber lain juga termasuk ubi keledek, kale, labu, sawi, belewar, salad Romaine, bayam, pasli, aprikot, daun pudina, tunas Brussel, tomato, brokoli dan asparagus.

Lemak yang paling sihat bagi orang-orang OA (atau lain-lain gangguan radang) adalah asid lemak omega-3. Omega-3 sebenarnya bekerja untuk mengurangkan keradangan dengan menghalang pengeluaran sitokin dan enzim yang menyebabkan kerosakan rawan. Makanan yang paling tinggi asid lemak omega-3 ialah ikan salmon (liar, segar atau tin), herring, tenggiri (bukan raja), sardin, ikan bilis, pelangi trout, tiram Pasifik, omega-3-diperkaya telur, flaxseed (goji), dan walnut.

Sesetengah rempah mempunyai kesan anti-radang juga. Antara paling baik adalah halia dan kunyit. Parut halia segar campurkan dengan kentang goreng, tambah sos salad, minum teh halia, dan makan makanan serat tinggi serta muffins. Kunyit rendah lemak, kadang-kadang dipanggil curcumin, adalah rempah-kuning mustard dari Asia. Ia adalah bahan utama dalam kari kuning. Kajian saintifik telah kunyit boleh membantu keradangan dari bahan kimia badan.

Oleh itu, apakah yang perlu anda makan?
  1. Cubalah Sup Sayuran yang Pedas.
  2. Makanan yang mengandungi Vitamin C Antioksida seperti betik, paprika, oren, tembikai, kubis bunga, limau gedang, nanas, brokoli, strawberi, kiwi, kale, tomato, raspberi, atau jambu batu.
  3. Salmon Liar panggang dengan salsa Alpukat(Avocado)bersama Timun ala2 salad gitu.
  4. Tembikai susu/cantaloupe/rock melon.
  5. Walnut sebagai snack.
  6. Minum Air Teh Hijau Halia Ais.
  7. Chicken Curry.
Ia jelas bahawa strategi terbaik untuk menjaga gejala osteoarthritis di lutut adalah dengan menurunkan berat badan jika berlebihan,selain itu warnailah pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta nikmatilah makanan yang berasaskan ikan, kacang dan minyak yang sihat.

Lutut anda (dan pinggang anda) juga akan berterima kasih kepada anda.


sumber:Yahoo!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...