Thursday, October 8, 2015

Integriti Model Rasulullah SAW

Assalamualaikum wbth.

Agak lama meninggalkan blog Hati Mama Maz ni...sampai berhabuk nasib tak beranai-anai...hehe...

Alhamdulillah, hari ni Maz nak berkongsi dengan follower2(masalahnya ada ke follower? krik krik...) mengenai kursus separuh hari anjuran pejabat Maz ni. Tajuk dia seperti di atas tu yer...

Selain itu, Maz nak buat post ini sebagai nota peringatan untuk diri Maz sendiri, jika ada manfaat untuk orang membacanya...alhamdulillah...gunakan sebaik mungkin yer.

Integriti tu bukan hanya setakat jujur semua tu tapi menentukan value pada diri kita sendiri...
kalau jujur tapi tak reti nak hormat atau terima pendapat atau terima keadaan orang lain, adakah orang itu berintegriti?

Seseorang yang berintegriti tidak sekali-kali merasakan diri dia berintegriti dan tidak mengatakan orang lain tidak berintegriti sama sekali.

Orang yang berintegriti diri tinggi tidak mengharapkan penghargaan orang lain bagi apa yang telah dilakukannya. Mereka lebih suka menjadikan sesuatu masalah sebagai peluang untuk berjaya. Mereka juga lebih suka membuat sesuatu untuk memudahkan keadaan seterusnya memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain.

Oleh itu, ubahlah hidup yang kita jalani ini lebih kepada mencari keberkatan Allah SWT. Tidak kiralah sama ada dari segi kekeluargaan, kerjaya, persahabatan malahan semua yang kita buat selagi kita hidup di atas dunia ini.

Kadangkala kita ni dah tahu semua tu, tapi kenapa kita masih di situ?

Antara punca kita tak berintegriti ialah:


  1. Selalu ingkar dan lupa dengan apa yang telah didengari dan pelajari sebelum ini.
  2. Membuat sesuatu perkara tanpa meletakkan niat yang murni.
  3. Masih belum mengenali diri sendiri yakni merasa hanya diri dan pendirian kita sahaja yang betul.
  4. Jahil dalam sesuatu perkara tetapi tidak cuba mendapatkan jawapan yang pasti dan betul.
  5. Bodoh sombong kerana merasa diri sudah cukup bagus.
  6. Tidak bersatu hati dengan orang disekeliling atau sistem dan peraturan sesuatu organisasi.
  7. Kurang semangat dalam menjayakan sesuatu.
  8. Sikap yang paling merbahaya iaitu enggan berubah.
  9. Merasakan diri adalah orang yang paling kurang berdosa berbanding orang lain.

sekian saja ringkasan nota dari kursus yang disampaikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza Bt. Zakaria dari IBS Excel Training & Consultancy.

Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...