Wednesday, December 28, 2011

8 tempat di mana kuman berada di dalam rumah kita....


1. Span Basuh Pinggan - cara nak hapuskan kuman tersebut redam dalam peluntur(bleach) atau jus lemon, menggunakan microwave sekurang2nya 1 Minit, masukkan dlm dishwasher(sebab suhu yang digunakan untuk mengeringkan ialah 77 darjah Celcius boleh mensterilkan span tersebut). Lakukan langkah ini setiap malam selepas selesai mengunakannya pada hari tersebut.


2. Sinki - Gunakan pencuci yang menggunakan botol spray, spray ke serata sinki dan bilas dengan air panas.


3. Papan Pemotong - sama seperti span tadi boleh dimasukkan ke dalam dishwasher atau spray dengan cuka dan biarkan semalam kemudian masukkan ke dalam microwave selama 30saat.


4. Berus Gigi - jangan letakkan berus gigi yang basah dalam bekas yang bertutup, pastikan juga bulu pada berus tersebut tidak bersentuhan dengan berus gigi orang lain, boleh juga gunakan antimicrobial dan jangan gunakan semula air tersebut untuk merendam berus gigi anda serta jangan rendam berus gigi anda bersama berus gigi orang lain serentak. Sekiranya anda sakit, sila gunakan berus gigi yang baru setelah anda sembuh supaya anda tidak dijangkiti semula penyakit tersebut.


5. Mesin Basuh - Jangan masukkan sekali pakaian dalam dan sapu tangan semasa membasuh baju kerana seorang doktor bernama Dr. Gerba berkata “If you do undergarments in one load and handkerchiefs in the next, you’re blowing your nose in what was in your underwear,”. Basuh pakaian dalam selepas membasuh pakaian lain. Sekurang2nya sebulan sekali kite membasuh mesin tersebut dengan membuat basuhan panas menggunakan cuka. Dan juga pastikan basuhan yang sudah selesai dikeluarkan segera supaya kuman tidak membiak pada pakaian yang lembap seterusnya tinggal di dalam mesin basuh tersebut.


6.'Shower Curtain' - lap langsir tersebut selepas mandi.


7. Tong Sampah - Basuh dan berus tong tersebut.


8. 'Dishwasher' - Pastikan tiada kulat yang membiak pada kabinet atau kawasan disekitarnya.

Wednesday, December 21, 2011

Jangkitan Paru-paru

Pengenalan
Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
  • Demam panas
  • Batuk dengan atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Pernafasan laju atau susah bernafas
  • Muntah atau cirit-birit
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
  • Pernafasan laju
  • Sukar untuk bernafas
  • Bibir menjadi biru
  • Batuk berdarah
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
  • Paracetamol
  • Rehat yang secukupnya
  • Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
  • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
  • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.

rujukan: Info Sihat

Monday, December 19, 2011

Give Away For You!

Assalamualaikum,
Mamaz berhajat nak memberi Hadiah Misteri 'Give Away' pada kawan-kawan semua.

Nak tau cara nak dapatkannya? senang je....

buat appointment untuk 'Test Drive' kereta proton, Hadiah tersebut akan Mamaz berikan selepas 'Test Drive' tersebut.

just sms nama,waktu temujanji ke nombor Mamaz 017-2339372.

Cepat sebelum akhir tahun 2011 ni...

PROTON FOR SALE: Exora Prime & Bold

Sunday, December 18, 2011

ZAT IODIN DAN ANDA


Apa itu Iodin?
Iodin adalah zat makanan yang sangat penting kepada kehidupan manusia. Ia diperlukan untuk merangsang proses pembesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak terutama kanak-kanak. Kekurangan zat iodin dalam badan akan menjejaskan kesihatan, terutama sekali kecerdasan otak.

Berapa banyak diperlukan?
Seseorang dewasa hanya memerlukan 150 mikrogram (μg) iodin setiap hari. Jumlah ini amat sedikit seumpama satu kepala pin peniti kecil. Memakan makanan yang kaya dengan zat iodin atau menggunakan garam beriodin di dalam masakan boleh memenuhi keperluan zat iodin harian kita.

Kekurangan iodin

Adakah anda dan keluarga anda berisiko?
Anda berisiko sekiranya :
� Kurang mengambil makanan yang kaya dengan iodin iaitu makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam, kerang dan rumpai laut.

� Makan makanan mengandungi bahan yang boleh menghalang penyerapan zat iodin seperti pucuk ubi, ubi kayu dan kobis secara berlebihan.


Kekurangan iodin. Tanda-tandanya
Satu daripada tanda-tanda kekurangan iodin yang paling ketara ialah bengkak di pangkal leher. Keadaan ini dikenali sebagai goiter (beguk) yang disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid. Pada peringkat awal, tidak semua goiter dapat dilihat tetapi hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan rapi.

Kesan-kesannya
Kekurangan iodin yang teruk di kalangan kanak-kanak menyebabkan :
� Kelahiran anak yang mengalami keadaan cretinism yang mempunyai ciri-ciri kerdil, kerencatan akal dan fizikal serta pekak bisu.


Kekurangan iodin yang ringan di kalangan kanak-kanak
Walaupun kanak-kanak kelihatan normal pada fizikalnya, tetapi terdapat kesan-kesan berikut :
o Rendah kecerdasan otak
o Pembesaran terbantut
o Perkembangan motor yang lambat
o Kurang keupayaan otak/terencat akal
o Lembab dalam pembelajaran
o Goiter/Beguk


Kekurangan iodin di kalangan ibu hamil boleh menyebabkan :
� Gangguan terhadap perkembangan otak janin
� Keguguran
� Kematian janin dalam kandungan
� Kelahiran mati
� Kelahiran anak yang juga kekurangan iodin


Kekurangan iodin di kalangan remaja, dewasa dan warga tua menyebabkan mereka :
� Tidak aktif
� Lesu
� Cepat letih
� Mengalami Goiter (beguk)


Cara mengelakkan kekurangan iodin

Kekurangan iodin amatlah mudah untuk dicegah dengan :
1. Memakan makanan laut yang kaya dengan iodin
- Makanan yang kaya dengan zat iodin ialah sumber makanan laut seperti ikan, kerang, ketam, udang, sotong dan rumpai laut.

2. Menggunakan garam beriodin dalam masakan setiap hari
- Garam beriodin ialah garam biasa yang diperkaya dengan zat iodin. Sifatnya sama dengan garam biasa dari segi rasa, warna dan bau.

3. Mengurangkan kekerapan mengambil makanan yang tinggi kandungan goitrogen
- Goitrogen adalah sejenis bahan yang boleh menghalang penyerapan zat iodin oleh kelenjar tiroid. Makanan yang kaya dengan goitrogen adalah pucuk ubi, ubi kayu, kobis, bunga kobis, brokoli dan rebung.

- Memakan terlalu banyak dan kerap makanan yang tinggi kandungan goitrogen untuk jangkamasa panjang boleh memberi kesan kekurangan zat iodin yang teruk.

4. Menggunakan air beriodin
Air beriodin ialah air biasa yang ditambah zat iodin melalui sumber iodin yang diletak dalam alat iodinator. Alat iodinator ini dipasang pada sistem bekalan air di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sukar mendapat sumber makanan yang kaya dengan zat iodin. Air beriodin hendaklah digunakan dalam masakan dan minuman harian.



Cara menyimpan garam beriodin
Iodin dalam garam mudah meruap apabila garam terdedah kepada haba, kelembapan dan cahaya matahari. Ini menyebabkan kandungan zat iodin dalam garam kekurangan.

� Simpan garam dalam bekas kedap udara dan tidak telus cahaya
� Letak bekas simpanan garam beriodin jauh dari api, sinaran matahari dan udara lembap


Cara mengguna garam beriodin
1. Padamkan api setelah makanan masak.
2. Gunakan sudu kering untuk menceduk garam.
3. Kemudian masukkan garam beriodin. Jumlah sukatan adalah mengikut selera anda
4. Tutup periuk untuk mengelakkan iodin keluar melalui wap.


Cara menyediakan pucuk ubi kayu
1. Basuh pucuk ubi kayu
2. Tumbuk dengan menggunakan lesung batu atau racik halus-halus
3. Dedahkan ke udara selama satu jam untuk memusnahkan goitrogen
4. Kemudian basuh dan masak


Cara menyediakan ubi kayu
1. Kupas kulit dan basuh ubi
2. Kemudian parut ubi tersebut
3. Dedahkan ke udara selama 1 jam untuk memusnahkan goitrogen dalam ubi tersebut
4. Kemudian masaklah ubi yang telah diparut.



Pastikan anda dan keluarga anda mendapat zat iodin yang mencukupi setiap hari

Berkongsi info dari Deeyan

Thursday, December 15, 2011

Battling Aedes

Assalamualaikum,

In a tropical country like Malaysia, dengue is a constant threat. With rain falling all year round, the rain water tends to get clogged up in pots, pans, pails, plastic bags or anything that can hold water. These are the most common places where the Aedes mosquito will breed.

Despite that, the power to prevent the spread of dengue lies in your hands. You can play a part in preventing Aedes mosquitoes from breeding by cleaning up your own compound at least once a week. Keep yourself updated about the early symptoms of dengue by clicking here.

If you think you are showing symptoms of dengue, please see a doctor immediately. It may help save your life.

So let’s work together hand in hand to prevent the spread of the Aedes mosquito and dengue!

Monday, December 5, 2011

Bulan Muharram


Assalamualaikum,
Mamaz nak kongsi keistimewaan hari ini dan bulan Islam ini so bacalah yer...bagi yang berpuasa selamat berpuasa dan selamat berbuka (klu nk belanja Mamaz buka puasa pun boleh,hehe...)
Thanks to Abg Zamri(Pegawai Mamaz) yang berkongsi info ini supaya Mamaz lebih faham erti kelebihan Mamaz berpuasa pada hari ini.

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Kelebihan Hari Assyuuraa' & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari. 

Jawab Rasulullah: Benar!.
• Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
• dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
• dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
• dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
• dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
• dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
• dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
• dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
• dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
• dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Peristiwa 10 Muharram

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

1. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2. Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
6. Allah menjadikan 'Arasy.
7. Allah menjadikan alam.
8. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Wassalam.

Sunday, December 4, 2011

Carta untuk kesihatan



*p/s: Sorry, gambar kurang jelas...and Mamaz tak tau kesahihannyer 100%.

Thursday, December 1, 2011

'Fire Drill'

Assalamualaikum,
Semalam ada situasi cemas di pejabat Mamaz...(Cemas ke?).
hehe...sebenarnya ada latihan kebakaran ('Fire Drill') untuk pegawai/kakitangan bagi persiapan dan latihan menghadapi situasi sekiranya kebakaran sebenar berlaku. Tapi yang bestnya belum ada loceng kebakaran yang bunyi tapi ambulan dah datang dengan sirennya awal 20 minit...
Selepas loceng kecemasan berbunyi satu pengumuman dibuat oleh Pegawai Admin yang memberitahu ada kebakaran di bangunan. Kami pun mengikut la Floor Warden yg telah dilantik (yg pakai topi merah + biru gelap) turun menggunakan tangga(bagi yang tidak sihat naik lif)...kami bayangkan macamana lah klu 'Fire drill' kt Menara Berkembar KLCC tu kn? yg duduk tingkat atas sekali tu pn turun tangga ker?

Sampai di 'Ground Floor' kitorang pun berkumpul lah beramai-ramai di hadapan bangunan sebelah. Kemudian terdengarlah bunyi siren bomba pula. Pegawai-pegawai bomba tu ada yang menunggang motorsikal berkuasa besar dan ada yang menaiki jentera berat. Asap(Fogging) pun keluarlah dari bangunan, Mamaz dari sihat terus pening n batuk sebab dorang guna Fogging untuk Nyamuk Aedes.

Lepas tu, pegawai-pegawai bomba tu pun segera 'menyelamatkan' bangunan kami. Setelah berjaya memadamkan api, kami pun naik lah semula(Alhamdulillah,nasib baik naik lif) ke tempat masing untuk meneruskan kerja seperti biasa.....The End. :-)

Wednesday, November 30, 2011

Jom Baca Al-Quran!

Assalamualaikum,
hari ni Mamaz nak share satu lagi benda baik dalam dunia internet ni...bukan sekadar untuk buka Facebook je tau...hehe.

Semalam Mamaz buat Google Share tu pahtu nampak seorang rakan pejabat ni share link ni so Mamaz pun try la buka link tu dan sekarang Mamaz letakla macam ni:

so buka internet pagi boleh la mengaji sekejap sebelum memulakan kerja...Wassalam.

Sunday, November 20, 2011

5 Pesanan

5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI KU~~

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.


2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI....♥♥♥___

dikongsi dari: Pak Lang Janggut

Thursday, November 17, 2011

Anniversary on 13 November 2011

Assalamualaikum,
Mamaz just nak share skit gambar meraikan anniversary Mamaz di rumah je pn....
Kek yang cantik dibuat oleh anak kepada rakan pejabat Mamaz, cuma agak kurang menjadi la skit keknya tapi takpela tujuan sebenar Mamaz pn just nak bagi galakan untuk beliau....

Gambar bersama orang yang tersayang dalam hidup, bagi Mamaz tak pernah ade kekurangan dari segi kasih sayang dan layanan beliau kepada Mamaz and family. He's my Mr. Right! Tiada bandingan dengan lelaki lain...hihi. Jangan jeles yer wanita2 lain...Mamaz berharap beliau juga bahagia hidup dengan Mamaz.

Insya'Allah susah senang sama2 kita hadapi dan moga Allah SWT Melindungi dan Merahmati kami suami isteri...Amin Yarabbal'alamin. 

I LOVE U!

Sunday, November 13, 2011

Teater Badai Semalam @ Malam Sebelum Anniversary Mamaz

Mamaz rasa malas nak cite panjang coz everyone tau di mana ia diadakan dan siapa yang berlakon semua kn? kalau tak tau klik sini.Bagi yang dah baca post Mamaz pn mungkin dh tau....so Mamaz bubuh gambar je la yer...Mamaz tengok persembahan tu pada hari Sabtu, 12 November 2011 pukul 8.30pm.Yang pegi menonton bersama ialah Hubby Mamaz iaitu Dz Asmawi itupn sekejap je sebab die kate cite tu untuk 'Mat Kuntum' je....manakala yang lain yang join Mamaz selain anak dara Mamaz ialah Kak Ina (Eldest SIL), Kak Liza (2nd SIL), Fira dan Ira (Nieces). So yang pegi 7 orang. Bintang yang Mamaz secara peribadi boleh bagi untuk keseluruhan cite ni ialah





Resepi Kek Pisang Kukus

Assalamualaikum,
Mamaz nak share resepi Kek Pisang Kukus yang Mamaz buat sendiri di rumah
(sesuai untuk bekas jernih bentuk petak yang besar selalunya utk kek tu):

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum + 3 sudu besar lagi tepung gandum(klu tak nak lembut sangat)
1/2 cawan minyak masak
9 biji pisang emas
1/2 sudu kecil soda bikarbonat(klu berketul2 Mamaz pecah2kn gune jari)
1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara:
  1. pukul telur & gula hingga kembang
  2. masukkan tepung, minyak, pisang, soda dan baking powder, pukul sebati
  3. kukus 45 minit.
tengok tu siap logo 5S tempat maz keje lagi....yg ni Mamaz bawak untuk kawan2 di ofis.
Cubela yer resepi simple tapi sedappp....hehe.

Tuesday, November 8, 2011

Saja2 nak buat entry baru.

Puas Mamaz fikir nak cite pasal apa untuk entry baru ni,makan beberapa hari jugak la...
kebetulan tadi tengok gambar yang baru Mamaz transfer semalam dari handphone ke PC.
Telek punya telek tgk gambar aktiviti terbaru Mamaz di rumah sama ada seorang atau dengan anak dara sorang tu...

tapi yang ni permintaan anak dara Mamaz untuk buat Brownies yang Mamaz panggil 'Kek Bantat'.
Mamaz ni takde oven untuk  bakar kek so terpaksa la cari resepi yang menggunakan periuk kukus.
So ini adalah percubaan Mamaz buat Brownies mmg tak penah cube pn sebelum ni tapi demi anak dara tu buat jugak la...Alhamdulillah siap dengan puas hati dan sedap cume bagi Mamaz coklat tu manis skit wpun tak bubuh gula...

so tengok la sikit sebanyak gambar2 aktiviti tersebut....Resepi di ambil dari myresipi.com
Mamaz ambil gambar sebab malas nak print so bwk je phone ke dapur,hihi...






Wednesday, November 2, 2011

Huge Crack Discovered in Antarctic Glacier

NASA's DC-8 flew over the Pine Island Glacier Ice Shelf on Oct. 14, 2011. (NASA/GSFC)
A huge, emerging crack has been discovered in one of Antarctica's glaciers, with a NASA plane mission providing the first-ever detailed airborne measurements of a major iceberg breakup in progress.
NASA's Operation Ice Bridge, the largest airborne survey of Earth's polar ice ever flown, is in the midst of its third field campaign from Punta Arenas, Chile. The six-year mission will yield an unprecedented three-dimensional view of Arctic and Antarctic ice sheets, ice shelves and sea ice. The glaciers of the Antarctic, and Greenland, Ice Sheets, commonly birth icebergs that break off from the main ice streams where they flow in to the sea, a process called calving.
The crack was found in c, which last calved a significant iceberg in 2001; some scientists have speculated recently that it was primed to calve again. But until an Oct. 14 IceBridge flight, no one had seen any evidence of the ice shelf beginning to break apart. Since then, a more detailed look back at satellite imagery seems to show the first signs of the crack in early October.
"We are actually now witnessing how it happens and it's very exciting for us," said IceBridge project scientist Michael Studinger of NASA's Goddard Space Flight Center in Greenbelt, Md. "It's part of a natural process, but it’s pretty exciting to be here and actually observe it while it happens."

Gravity pulls the ice in the glacier westward along Antarctica's Hudson Mountains toward the Amundsen Sea. A floating tongue of ice reaches out 30 miles (48 kilometers) into the Amundsen beyond the grounding line, the below-sea-level point where the ice shelf locks onto the continental bedrock. As ice pushes toward the sea from the interior, inevitably the ice shelf will crack and send a large iceberg free. [Photo Album: Antarctica, Iceberg Maker]
Pine Island Glacier is of particular interest to scientists because it is big and unstable and so is one of the largest sources of uncertainty in global sea level rise projections.
A primary goal of Operation IceBridge is to put the same instruments over the exact same flight lines and satellite tracks, year after year, to gather meaningful and accurate data of how ice sheets and glaciers are changing over time. But discovering a developing rift in one of the most significant science targets in the world of glaciology offered a brief change in agenda for the Oct. 26 flight, if only for a 30-minute diversion from the day's prescribed flight lines.
The IceBridge team observed the rift running across the ice shelf for about 18 miles (29 km), using an instrument called the Airborne Topographic Mapper, which uses a technology called lidar (light detection and ranging) that sends out a laser beam that bounces off a surface and back to the device. The lidar instrument measured the rift's shoulders about 820 feet (250 meters) apart at its widest, although the rift stretched about 260 feet (79 meters) wide along most of the crack. The deepest points from the ice shelf surface ranged from 165 to 195 feet (50 to 60 meters).
When the iceberg breaks free, it will cover about 340 square miles (880 square kilometers) of surface area. Radar measurements suggested the ice shelf in the region of the rift is about 1,640 feet (500 meters) feet thick, with only about 160 feet of the shelf floating above water and the rest submerged.
It is likely that once the iceberg floats away, the leading edge of the ice shelf will have receded farther than at any time since its location was first recorded in the 1940s.
This story was provided by OurAmazingPlanet.com, a sister site of SPACE.com. Follow SPACE.com for the latest in space science and exploration news on Twitter @Spacedotcom and on Facebook.

Monday, October 24, 2011

Badai Semalam : Jom Tengok Teater!

Badai Semalam

  Tajuk : Badai Semalam
  Kategori : Teater
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh : 11-20 November 2011 (Anniversary Mamaz 13 November,hihi...)
Masa : 3.00 petang & 8.30 malam
     
 
Sinopsis
 
  Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

  Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

  Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

  Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

  Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
 
     
     
Pelakon : Erra Fazira
Aaron Aziz
Fizz Fairuz
     
Tenaga Produksi  : Pengarah : Khairunazwan Rodzi
Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim
     
Tiket  : RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, RM300
     
Promosi  : Diskaun 20% untuk Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan pelajar.
Istimewa tiket berharga RM20 untuk pelajar berkumpulan (minima 20 orang)
     
Tempahan/Pembelian Online : www.ticket2u.biz
Hotline : 03-4147 8600
     
Maklumat Lanjut :
Box Office,
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40265558

*Mak Mamaz dapat ilham nama Mamaz dari Novel Badai Semalam ini 
kerana beliau mahu anak tunggal perempuan beliau ni menjadi seorang anak 
yang baik, cekal dan tabah oleh insya'Allah Mamaz akan menjadi anak yang 
seperti yang mak Mamaz doakan malah Mamaz berharap akan menjadi 
seorang yang lebih baik dari watak tersebut di dunia dan di akhirat serta 
berharap kami sekeluarga dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT....
Amin, Yarabbal 'alamin....

Monday, August 1, 2011


Salam,
Aku kecik ati sebenarnye ngan die dan juga beberapa orang disekelilingku,sebab mcm tak bg peluang n tak percaya kt aku…
salah ke kalau bagi kata semangat kat aku? dari terus menerus downgrade aku yang sedia ada down ni?
Ku mohon berilah aku peluang dan semangat jangan la renyuk2kan hati ni lagi...
tolonglah....sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...