Wednesday, December 28, 2011

8 tempat di mana kuman berada di dalam rumah kita....


1. Span Basuh Pinggan - cara nak hapuskan kuman tersebut redam dalam peluntur(bleach) atau jus lemon, menggunakan microwave sekurang2nya 1 Minit, masukkan dlm dishwasher(sebab suhu yang digunakan untuk mengeringkan ialah 77 darjah Celcius boleh mensterilkan span tersebut). Lakukan langkah ini setiap malam selepas selesai mengunakannya pada hari tersebut.


2. Sinki - Gunakan pencuci yang menggunakan botol spray, spray ke serata sinki dan bilas dengan air panas.


3. Papan Pemotong - sama seperti span tadi boleh dimasukkan ke dalam dishwasher atau spray dengan cuka dan biarkan semalam kemudian masukkan ke dalam microwave selama 30saat.


4. Berus Gigi - jangan letakkan berus gigi yang basah dalam bekas yang bertutup, pastikan juga bulu pada berus tersebut tidak bersentuhan dengan berus gigi orang lain, boleh juga gunakan antimicrobial dan jangan gunakan semula air tersebut untuk merendam berus gigi anda serta jangan rendam berus gigi anda bersama berus gigi orang lain serentak. Sekiranya anda sakit, sila gunakan berus gigi yang baru setelah anda sembuh supaya anda tidak dijangkiti semula penyakit tersebut.


5. Mesin Basuh - Jangan masukkan sekali pakaian dalam dan sapu tangan semasa membasuh baju kerana seorang doktor bernama Dr. Gerba berkata “If you do undergarments in one load and handkerchiefs in the next, you’re blowing your nose in what was in your underwear,”. Basuh pakaian dalam selepas membasuh pakaian lain. Sekurang2nya sebulan sekali kite membasuh mesin tersebut dengan membuat basuhan panas menggunakan cuka. Dan juga pastikan basuhan yang sudah selesai dikeluarkan segera supaya kuman tidak membiak pada pakaian yang lembap seterusnya tinggal di dalam mesin basuh tersebut.


6.'Shower Curtain' - lap langsir tersebut selepas mandi.


7. Tong Sampah - Basuh dan berus tong tersebut.


8. 'Dishwasher' - Pastikan tiada kulat yang membiak pada kabinet atau kawasan disekitarnya.

4 comments:

  1. info yang menarik untuk dikongsikan.. thanks ^_^

    ReplyDelete
  2. my pleasure...sharing is caring... ;-)

    ReplyDelete
  3. saya suka entri ni kak maz. bagus.

    ReplyDelete
  4. thanks...actually sumber dari yahoo tpi akak cuba translate.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...