Assalamualaikum,
Semalam ada situasi cemas di pejabat Mamaz...(Cemas ke?).
hehe...sebenarnya ada latihan kebakaran ('Fire Drill') untuk pegawai/kakitangan bagi persiapan dan latihan menghadapi situasi sekiranya kebakaran sebenar berlaku. Tapi yang bestnya belum ada loceng kebakaran yang bunyi tapi ambulan dah datang dengan sirennya awal 20 minit...
Selepas loceng kecemasan berbunyi satu pengumuman dibuat oleh Pegawai Admin yang memberitahu ada kebakaran di bangunan. Kami pun mengikut la Floor Warden yg telah dilantik (yg pakai topi merah + biru gelap) turun menggunakan tangga(bagi yang tidak sihat naik lif)...kami bayangkan macamana lah klu 'Fire drill' kt Menara Berkembar KLCC tu kn? yg duduk tingkat atas sekali tu pn turun tangga ker?
Sampai di 'Ground Floor' kitorang pun berkumpul lah beramai-ramai di hadapan bangunan sebelah. Kemudian terdengarlah bunyi siren bomba pula. Pegawai-pegawai bomba tu ada yang menunggang motorsikal berkuasa besar dan ada yang menaiki jentera berat. Asap(Fogging) pun keluarlah dari bangunan, Mamaz dari sihat terus pening n batuk sebab dorang guna Fogging untuk Nyamuk Aedes.
Lepas tu, pegawai-pegawai bomba tu pun segera 'menyelamatkan' bangunan kami. Setelah berjaya memadamkan api, kami pun naik lah semula(Alhamdulillah,nasib baik naik lif) ke tempat masing untuk meneruskan kerja seperti biasa.....The End. :-)
Terima kasih follow blog saya.
ReplyDeletep.s Satu ofis dengan WakGelas ke?
Dia pun cerita pasal fire drill jugak?
sama2...hehe...
ReplyDeletetak sama pun maybe kebetulan... ;-)
wak pon ade fire drill jugakkk...,,, eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........
ReplyDelete