Sunday, January 29, 2012

Review Miecyber's Blog


Assalamualaikum,
Mamaz buat entry kali ni kerana nak join Giveaway Sulung Miecyber's Blog .
Kalau tak dapat hadiah pun takpa sebab saja suka2 support rakan blogger...hehe(tapi kalau ada rezeki Alhamdulillah).
walaupun Mamaz punya giveaway tak laku pun,huhu...

Oklah bercerita mengenai Miecyber's Blog ni kalau tak silap Mamaz tahu dari blog rakan sekerja Mamaz iaitu si Bain. Masa tu pun, Mamaz baru nak berkecimpung dalam dunia blog ni so kadang2 kuncup kadang2 kembang semangat nak berblog ni sebab Mamaz ni memang senang 'down'...tapi kerana Mie ni selalu duk komen pahtu ada rakan2 lain yang komen entry post Mamaz menjadikan semangat Mamaz terus membara sehingga kini...

Mengenai review blog tersebut, Mamaz suka blog tu sebab sentiasa di kemaskini dan mempunyai topik setiap hari so tak la boring Mamaz di pejabat ni. Rasa seronok bila tengok ada orang yang komited terhadap blog dia dan Mamaz berharap boleh jadi macam tu tapi rasanya tak terdaya kot so setakat Mamaz bagi target untuk diri sendiri la contohnya seminggu sekurang2nya satu post.

Tapi ada cite kelakar gak bagi Mamaz berkaitan Miecyber's Blog ni sebab Mamaz telah terikut waktu solat yang dipaparkan di blog tersebut sehingga Mamaz tersedar;"Alamak, ni waktu solat di Pahang!".
Tulah excited sangat tengok blog tu hari2 sebab full of info...hehe...

Thanks to The Owner of Miecyber's Blog sebab memberi inspirasi dan semangat untuk blog Mamaz ni berkembang.

Tulus dari hatimamaz yang ikhlas.

Thursday, January 26, 2012

Cuti Tahun Baru Cina - Pulau Pinang

Assalamualaikum,
Alhamdulillah Mamaz dan keluarga telah selamat kembali bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Percutian Keluarga Hj Md Zain Hamid dan Hjh Mohaini Hassan begitu meriah walaupun ada aktiviti dan tempat-tempat yang tak dapat dibuat atau dilawati kerana kesuntukan masa dan 'kesuntukan' tenaga. Almaklumlah driver2 yang gagah perkasa semua tu pun kalah dek kerana memandu selama 8 Jam dari KL ke Penang...ingatkan planning bertolak malam lebih selesa sikit rupanya ramai lagi org lain berfikiran sama dgn Mamaz.

Pukul 4 pagi meriah dengan lampu merah di Hway Plus ke Utara 
Semua bertenggek dekat divider je sebab RnR sesak

Kami bertolak pukul 12.30am,berehat sekejap di RnR Sg. Perak untuk solat Subuh dan bertolak semula ke Pulau Pinang. Kami sampai di sana dalam pukul 9.00am seterusnya apa lagi 'Breakfast' la.(takde gambar, terlupa tangkap).
Sebelum ke Pantai Batu Feringghi kami sempat bergambar di Hard Rock Hotel menumpang glamer jerrrr...hehe.
My Lil Cutie Dotter

My 'Not so' Lil Hubby

Me!  
Selepas itu, kami pun membuat aktiviti games seperti Pop Kuiz (Remaja Lelaki vs Remaja Perempuan) dan Lover's Mimic (Pasangan Suami-Isteri) manakala Resepi Keluarga dan Lucky Draw tak sempat.
Juara Kumpulan Remaja-Pop Kuiz
Kumpulan yang tak menang pun dapat hadiah gak...

Lover's Mimic Winner
  
Padang Kota Lama sempena Tahun Baru Cina   
  
Pintu Gerbang area Masjid Kapitan Keling Georgtown
  
19 org ahli keluarga yang menunggu naik tren ke Bukit Bendera
Ni je gambar yang elok dlm train,My SIL n My Nephew
ni je sempat dikumpulkan yang lain tah kemana
Hard Rock Sesi Malam pulak
  
sesi bergambar specel punya guna spotlight khas dari kete inova ku..hehe
Otw Balik KL-Abg Zu n Family

Dalam Feri-Me n Family

Abg Long n Family


My Dotter n My Dad 
Me n Mom 


Satu lagi family Abg Ngah aku telah bertolak ke My SIL pny kakak di Kedah. 
 Lupe lak tempat makan yang ade pertunjukan anak kucing menyelamatkan diri dari atas bumbung


Malas nak cite banyak so kite tgk gambar2 je la yer...

Thursday, January 19, 2012

Cuti Tahun Baru Cina....Anda Ke Mana?

Assalamualaikum,
Mamaz dah plan cuti ni lama dah masa akhir tahun lepas lagi. Mamaz pilih tarikh cuti Tahun Baru Cina ni sebab masa ni lah weekend yang Mamaz takde kelas so Mamaz berhajat la menunaikan permintaan Kakak2 Ipar dan Anak2 Buah yang asyik bertanya bila nak berjalan ramai2 lagi,bila nak buat family day kita lagi? so ini lah masanya....Malam ni (20.1.2012) kami semua akan bertolak so untuk entry kali ni Mamaz share checklist je la dulu k,untuk yang pergi bercuti tu selamat bercuti dan semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar dan paling penting perjalanan kite semua diredhai Allah SWT,Amin....Wassalam.

Sunday, January 15, 2012

Pinggan Merah Kurangkan Selera

Satu Kajian yang dijalankan oleh ahli akademik Jerman dan Switzerland, makan mengunakan pinggan berwarna merah akan membantu mengurangkan jumlah makanan yang dimakan.

Saintis mendakwa warna merah mungkin mengalakkan mereka kurang makan kerana ia sering dikaitkan dengan keadaan bahaya, berhenti dan larangan. dalam kajian tersebut, 41 pelajar lelaki diminta minum teh dari cawan dilabel dengan warna merah dan biru. Mereka didapati kurang minum sebanyak 44% dari cawan berlabel merah.
 
Dalam bahagian kedua kajian tersebut, 109 orang dihidangkan roti pretzel menggunakan pinggan berwarna merah, biru atau putih. Mereka yang mendapat pinggan berwarna merah hanya makan sedikit berbanding yang lain.

sumber: Utusan Malaysia Sisipan Luar Negara (Isnin, 16 Januari 2012)

Wednesday, January 11, 2012

Siapa Teman Tidur Anda??? Kongsi dari Sisipan Utusan Mega

Tahukah anda bahawa ada ekosistem lain yang wujud di tempat tidur? Iaitu ribuan bakteria, kutu, mikroskopik, kulat dan kuman yang setia menjadi teman tidur anda.

Ia boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit antaranya penyakit kulit seperti gatal2, masalah jerawat yang tidak berkesudahan dan juga kelemumur. selain itu, penyakit yg lebih buruk seperti TB, asma, depresi, insomnia dan sinusitis.

Ikutilah tip berikut:
  • Cadar dan sarung bantal - gantikan dalam 2 minggu sekali.Basuh dgn air panas utk matikan kuman dan pastikan sudah benar2 kering sebelum diguna semula.
  • Fabrik di tempat tidur -Pilih fabrik yg lembut dan nipis supaya kotoran kurang terperangkap.Pilihan warna yang cerah juga memudahkan kita mengenalpasti kotoran.
  • Mandi sebelum tidur - bersihkan diri dan keringkan badan sebelum berbaring.
  • Elakkan pemakaian penjagaan diri - jangan memakai bedak sejuk, minyak wangi atau apa saja sewaktu hendak masuk tidur boleh menambah masalah di tempat tidur anda.
  • Sentiasa mengemaskan tempat tidur anda - ini dapat menghindarkan hama berselindung di sebalik selimut atau bantal yang berselerak.
  •  Pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup - elakkan debu atau habuk masuk berlebihan.
  •  Hindarkan orang lain terutamanya yang berpenyakit kulit berbaring di atas tilam - berisiko dijangkiti      penyakit yang sama. Segera tukarkan cadar dan sarung bantal sekiranya berlaku.
Sumber : Remix.

Monday, January 2, 2012

Gejala Hormon Tiroksin

GEJALA berat badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula
jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Perkara ini berpunca daripada kekurangan hormon tiroksin yang dihasilkan daripada kelenjar tiroid. Tiroid adalah kelenjar kecil berbentuk rama-rama yang terletak di pangkal leher (di bawah halkum bagi lelaki).

Ia menghasilkan beberapa jenis hormon iaitu tiroksin (T4) dan liothyronine (T3) yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan.

Hormon tiroksin juga diperlukan dalam semua aktiviti metabolisme, termasuk penentuan kadar degupan jantung dan kecekapan badan membakar kalori daripada
makanan. Namun, ada masanya kelenjar tiroid tidak dapat berfungsi dengan cekap dan menjadi tidak aktif, menyebabkan penghasilan hormon tiroksin terganggu.

Keadaan kelenjar tiroid tidak aktif ini dipanggil hipotiroidisme. Kekurangan hormon tiroksin menjejaskan fungsi badan secara keseluruhan. Sebenarnya, berjuta orang di dunia ini mengalami masalah hipotiroidisme, tetapi tidak menyedarinya kerana gejala kekurangan hormon tiroksin bersifat sangat umum.

Dianggarkan 200 juta penduduk dunia mengalami masalah ini. Bagaimanapun, tidak ramai mendapatkan rawatan kerana gejala dialami dianggap perkara biasa. Masalah hipotiroidisme lebih kerap berlaku pada wanita (tujuh hingga lapan peratus) berbanding lelaki iaitu hanya tiga peratus.

Dalam erti kata lebih mudah, hipotiroidisme berlaku pada satu daripada enam wanita dan satu daripada 12 lelaki. Ia juga boleh terjadi pada bayi dan kanak-kanak, tetapi kadarnya lebih rendah iaitu satu kes bagi 4,000 orang dan kanak-kanak perempuan mempunyai kebarangkalian dua kali lebih tinggi mengalami hipotiroidisme berbanding lelaki.

Jumlah pesakit meningkat dengan pertambahan umur. Dianggarkan antara 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dan
meningkat kepada 15 hingga 20 peratus apabila mencecah umur 60 tahun. Bagi lelaki berumur 60 tahun ke atas, catatan kes hanya sekitar lima hingga 10 peratus.

Bagaimanapun, hipotiroidisme boleh berlaku pada semua peringkat usia, sama ada warga emas berumur 80 tahun atau janin dalam kandungan, kata Pakar
Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein.

"Masalah ini jarang disedari. Pada peringkat awal, kekurangan hormon tiroksin mungkin tidak menimbulkan tanda, tetapi lama kelamaan pesakit mengalami pelbagai gejala, termasuk degupan jantung menjadi lambat, peningkatan berat badan, sakit sendi dan masalah kesuburan.

"Oleh kerana tandanya tidak jelas dan bersifat sangat umum, ia tidak dianggap masalah. Pada peringkat awal pesakit mungkin berasa sedikit letih dan mengantuk, sengal badan serta sukar memberi tumpuan pada pekerjaan.

"Namun, kebanyakan orang, termasuk doktor, menganggap ia kesan daripada tekanan atau sebahagian daripada proses penuaan," katanya ketika pelancaran terapi penggantian hormon tiroksin, Euthyrox yang mengandungi natrium levothyroxine anjuran Merck Serono Sdn Bhd.

Dr Zanariah berkata, jika tidak dirawat, lama kelamaan tanda kekurangan hormon tiroksin menjadi lebih ketara dan serius. Kelenjar tiroid yang lemah dipaksa terus bekerja menghasilkan hormon tiroksin dan akhirnya boleh menyebabkan ia membengkak (dipanggil goiter).

Apabila ini berlaku, ia memperlahankan proses pemikiran, menyebabkan pesakit menjadi pelupa dan mudah tertekan. Pada keadaan lebih serius, kekurangan hormon mengancam nyawa kerana ia mengakibatkan suhu badan dan tekanan darah menurun, sukar bernafas serta koma. Namun, kes seperti ini sangat jarang berlaku.

Punca

Beberapa punca boleh menyebabkan hipotiroidisme iaitu:

1) Penyakit Hashimoto — Keadaan di mana sistem imun mengganggu fungsi kelenjar tiroid.

2) Rawatan bagi masalah hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlalu aktif) — Ia termasuk ubat anti tiroid, pembedahan atau radioaktif iodin.

3) Tiroiditis pospartum — Keradangan kelenjar tiroid yang biasanya berlaku selepas wanita muda melahirkan anak. Keradangan ini boleh menyebabkan masalah hipo atau hipertirodisme. Biasanya bersifat sementara, namun ia boleh berlanjutan dan perlu dirawat.

4) Hipotiroidisme kongenital — Bayi dilahirkan tanpa kelenjar tiroid atau kelenjar tiroid mereka hanya terbentuk separuh. Ada juga bayi dilahirkan dengan kelenjar tiroid berada pada tempat salah (dipanggil ektopik tiroid).

Dalam sesetengah kes, kelenjar tiroid bayi boleh berfungsi dan menghasilkan cukup hormon untuk seketika. Bagaimanapun, kelenjar yang tidak terbentuk sempurna itu tidak mampu menghasilkan cukup hormon apabila kanak-kanak berkenaan membesar.

Kekurangan iodin — Kelenjar tiroid memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroksin. Iodin diperoleh daripada makanan yang masuk ke dalam aliran darah sebelum sampai ke kelenjar tiroid. Masalah ini jarang berlaku di negara kita. Ia biasanya terjadi pada penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan.

Penyakit tiroid dan kesuburan

Menurut Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Arlene Ngan, sama ada kelenjar tiroid terlalu aktif atau tidak, kedua-duanya memberi kesan kepada kesuburan wanita yang menyebabkan mereka sukar hamil.

Ada pakar menyarankan wanita yang mengalami masalah haid atau ketidaksuburan juga sepatutnya menjalani pemeriksaan penyakit tiroid. Kekurangan hormon
tiroksin bukan saja menyebabkan wanita sukar hamil, tetapi boleh mengakibatkan keguguran.

Wanita yang ada masalah tiroid dinasihat mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum hamil bagi mengelak masalah sama ada pada ibu atau bayi.

Namun, pesakit tiroid wanita yang menerima rawatan tiroksin perlu meneruskan pengambilan ubat sepanjang kehamilan tanpa rasa takut kerana ia selamat.

"Tiroksin adalah hormon semula jadi yang diperlukan bagi semua orang, termasuk bayi dalam kandungan. Bagi pesakit hipotiroidisme yang hamil, kekurangan hormon ini boleh menjejaskan perkembangan otak bayi yang menyebabkan bayi mungkin mempunyai IQ rendah.

"Biasanya ketika hamil, keperluan hormon tiroksin meningkat. Justeru, ramai wanita berisiko mengalami masalah kekurangan hormon tiroksin ketika hamil.
Ini sebabnya wanita disaran menjalani saringan kesihatan untuk mengetahui sama ada mereka mengalami masalah ini atau tidak demi anak dalam kandungan,"
kata Dr Ngan.

Ujian pengesahan

Pemeriksaan atau diagnosis untuk mengetahui sama ada seseorang itu ada masalah kelenjar tiroid sangat mudah, iaitu melalui ujian darah dan boleh dilakukan oleh doktor biasa. Sampel darah anda dihantar ke makmal untuk diuji kandungan hormon tirotropin (dipanggil ujian TSH). Tahap TSH normal ialah antara 0.4 hingga 2.5 mU/l. Jika paras TSH anda melebihi tahap ini (4 hingga 10 mU/l) bermakna anda mengalami hipotirodisme.

Pemeriksaan ini lebih digalakkan bagi:

1) Wanita hamil dan menopaus.

2) Orang tua, terutama yang mengalami masalah fungsi fizikal dan kognitif (pemikiran).

3) Individu yang ada sejarah keluarga atau diri sendiri mengalami hipotiroidisme.

4) Pesakit jantung.

5) Individu yang ada masalah kolesterol tinggi.

6) Pesakit yang ada sedikit kegagalan kelenjar tiroid.

7) Individu yang ada masalah degupan jantung terlalu perlahan (kurang 50 degupan seminit).

Bagaimanapun, pesakit disaran berjumpa doktor pakar jika berumur kurang 18 tahun, tidak bertindak balas terhadap rawatan, wanita hamil, menghidap penyakit jantung atau lain-lain penyakit endokrin serta ada ketumbuhan atau bengkak pada kelenjar tiroid.

*Rawatan*

Walaupun gejalanya tidak ketara, tetapi jika tidak dirawat, hipotiroidisme boleh menyebabkan kegagalan jantung. Kekurangan hormon tiroksin memperlahankan degupan jantung kepada 50 atau 60 degupan seminit.

Bagi wanita hamil, kekurangan tiroksin memberi kesan negatif pada perkembangan otak bayi, bayi lambat membesar dan meningkatkan risiko keguguran. Masalah kekurangan hormon ini secara umumnya meningkatkan risiko sakit jantung, meninggikan paras kolesterol, dinding salur darah menjadi keras yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

Ini sebabnya pesakit perlu menjalani terapi penggantian hormon dalam bentuk pil makan yang diambil setiap hari sepanjang hayat. Tablet natrium levothyroxine perlu diambil 30 minit sebelum makan untuk meningkatkan penyerapan hormon.

"Doktor akan menentukan dos sesuai bagi pesakit supaya tidak berlaku berlebihan dos. Tiada halangan untuk mengambil ubat ini kerana badan memerlukan hormon ini. Apabila stabil, pesakit tidak digalakkan menukar jenama ubat kerana setiap ubat ada kadar penyerapan berbeza. Jika masih mahu berbuat demikian, pesakit mesti berbincang dengan doktor kerana mereka perlu menjalani ujian darah semula," kata Dr Ngan.

Dos penggantian hormon yang tepat sangat penting. Jika dos terlalu rendah, terutama di kalangan pesakit tua, ia meningkatkan risiko kardiovaskular dan menyebabkan masalah degupan jantung dan tekanan darah.

*Anda mangsa hipotiroidisme?*

Bagaimana anda boleh tahu sama ada mengalami masalah hipotiroidisme atau tidak? Senarai di bawah mungkin dapat membantu.

* Saya kerap letih dan mengantuk, tidak bertenaga dan stamina.

* Minda saya kurang cekap, lambat berfikir, kurang daya tumpuan dan sukar mengingat.

* Semua fungsi badan menjadi perlahan, termasuk proses perkumuhan dan metabolisme; mengakibatkan berat badan bertambah.

* Kulit dan rambut menjadi kering. Kulit pucat dan muka membengkak. Kuku juga menjadi rapuh.

* Saya sentiasa rasa sejuk, walaupun orang lain selesa ada dalam persekitaran sama.

* Saya perasan ada banyak pemikiran negatif dan murung.

* Pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan.

* Otot dan tulang terasa kaku dan sakit. Tangan juga terasa kebas.

* Tekanan darah saya meningkat, tetapi kadar degupan jantung jadi perlahan.

* Paras kolesterol meningkat.

Jika anda memberi jawapan 'Ya' kepada lima daripada soalan di atas, anda disaran segera berjumpa doktor dan terangkan keadaan anda.

Ia tanda yang mungkin menunjukkan anda mengalami masalah hipotiroidisme.



Sumber

Sasaran 48 post.

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kite masih bernafas sehingga akhir tahun 2011 dan kini meniti tahun 2012.
Mamaz berniat membuat post sekurang2nya 48 sepanjang 2011 tapi malangnye post ni tak dapat dibuat kerana tak boleh di update dan di publish menggunakan phone...hampeh tul!!!

Tapi takpela, belated la kiranya ni...hehe...


SELAMAT TAHUN BARU 2012 !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...