Friday, April 27, 2012

Saya akan ke Kuantan...

Assalamualaikum,
baca tajuk post tu pun u all mesti dah tau kan? Mamaz akan berangkat ke Kuantan pada petang ahad ni iaitu 29 April 2012 dan menginap di Seri Malaysia Kuantan.

Mamaz pergi ke sana untuk menghadiri Seminar dan Perhimpunan Hari Pekerja Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan 2012. Tema Hari Pekerja ialah Pekerja Tiang Seri Negara.

Program yang dijadualkan seperti berikut:

a) Seminar Pendidikan (30 April 2012 - Isnin)
    8.00 pagi - 2.00 petang di Hotel Zenith.

b) Cuepacs Go Green (30 April 2012 - Isnin)
    4.00 petang Pejabat Daerah Kuantan.

c) Majlis Jamuan Makan Malam (30 April 2012 - Isnin)
    8.00 malam di Hotel Zenith.

d) Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja 2012 (1 Mei 2012 - Selasa)
    8.00 pagi - 12 tengahari Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.

Tujuan Mamaz berikan program agar keluarga tercinta esp. Mr. Hubby boleh tau aktiviti-aktiviti di sana, selain itu sesiapa yang membaca entry post ni yg terlibat  atau tak terlibat tetapi tinggal berhampiran sekiranya sudi nak berjumpa dan mengeratkan silaturrahim, sila2kan lah....

Mamaz memang suka menambah rakan2 kenalan ni...emel la kt voguegirls_82@yahoo.com untuk dapatkan nombor telefon Mamaz...

Doakan perjalanan pergi ke sana dan pulang ke Kuala Lumpur Mamaz selamat dan Mamaz mendapat manfaat dan ilmu dari seminar tersebut serta mendapat keredhaan Allah SWT...Amin.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...