Sunday, January 8, 2017

Tips Mencegah Virus Zika
=====================
Virus Zika ni menular kerana gigitan nyamuk sama seperti demam denggi, malaria dan sebagainya.
Sebab tu saya ceritakan fakta pasal nyamuk pada status yang sebelum ini supaya kita lebih memahami kenapa tips saya nak bagi ni berkesan. Lebih baik kita mencegah dulu sebelum melarat kan?
Selain cara untuk elakkan pembiakan nyamuk melalui membersihkan kawasan rumah atau longkang, semak samun, takungan air yang bersih termasuk tepi2 bibir besen, baldi atau pasu ialah kurangkan perabot atau kawasan gelap di dalam rumah.
Tips yang saya nak bagi hanya menggunakan bahan seperti dalam gambar di bawah.
1. Yang ni ramai juga dah share tapi tak pasti ada jual di Malaysia
atau tidak. Di Singapura memang ada jual losen ni. Ianya tiada
chemical sesuai untuk kanak2 dan orang dewasa juga.
2. Dulu kalau balik kampung, mak saya akan sapu sejenis ubat
anti -nyamuk sama seperti deodorant Enchanteur ni. Tapi .
selepas dewasa saya tak tau mana nak cari ubat tu so saya
hanya guna deodorant ni dan lumur dekat kaki dan tangan.
Alhamdulillah berkesan.
3. Gunakan pencuci pinggan jenama Joy ni untuk memerangkap
nyamuk. Caranya ialah campurkan cecair Joy ini dan air dengan
nisbah 1:1. Jangan cair sangat atau pekat sangat. Gunakan
bekas yang tidak tinggi lebih kurang 1cm dan boleh diletakkan di
tempat kegemaran nyamuk bersembunyi iaitu almari kasut,
bawah meja dan sebagainya. Cecair joy tu boleh diguna semula
& sekiranya cecair bertukar pekat atau menjadi kering, bolehlah
ditambah sedikit air, cuma pastikan campuran sabun tadi
tidaklah terlalu cair.
Untuk tambahan pengetahuan mengenai nyamuk, Ia tidak suka pada bau aroma buah-buahan, mint, coklat, atau apa2 yang wangi sebenarnya. Selamat mencuba k!


1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa Review & Rating - Dr.MD
    Borgata 경주 출장샵 Hotel Casino & Spa is 제천 출장마사지 not a 나주 출장안마 casino. However, it does have its 화성 출장샵 own 김천 출장샵 casino section and casino section. You can browse your favourite

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...