Wednesday, February 8, 2017

My Cat Name Myeongdong



Assalamualaikum wbth.

Sekarang anak dara kita dah besar tau...tu gambar dengan anak bongsu saya yang nama dia Myeongdong sempena nama kawasan shopping kosmetik kesukaan wanita di Korea.

Itupun sebab tak boleh 'move on' balik dari Korea masa musim bunga tahun 2015 dulu sampai ke nama kucing pun nak guna nama tempat di sana. Pasal Korea tu nanti kita cita lain kali la yer...

Terjadinya mula2 nak amik 'anak angkat' ni bila ada cat rescuer serahkan seekor kucing berwarna oren ni...saya namakan Incheon. Incheon ni dijumpai di kawasan parking almanda, tidak boleh berjalan dan makan sendiri.


Keadaan Incheon masa mula bertukar tangan. Very quiet and weak.

Setiap hari kena bawa ke mana2 dan 24 jam berkepit dengan Mamaz.

Ni bff jengah anak angkat Mamaz...berselimut,makan bersuap.
tapi umur tak panjang, doktor kata dia dijangkiti Parvo.

Lepas tu, dapat pulak si budak kecik yang lari macam pel*sit ni.
Nakal tak boleh nak kata..haha...sorry Dong2 boyak(nama panggilan Myeongdong),mama 'ter'mengumpat lak. Ni student kat Kg. Bahru KL yang jumpa dan berikan pada saya.

Excited ikut g UiTM Shah tengok tempat kakak dia belajar
Tapi Myeongdong ni memang pandai ambil hati orang, padahal kakak dan papa dia dulu tak berapa suka kucing, sekarang ni diorg yg terlebih2 syg kat Dong2 ni...



Orang selalu confuse ingatkan dia gegurl padahal jantan pasal suka posing ayu mcm ni...


Nampak ni kaki menyibuk duk jengah umah orang sebelah...nak cari geng ahli mesyuarat tingkap la tu...

Nak tau kenapa kadang panggil boyak? tengok la perut tu...kadang2 Mamaz suka gak panggil manja kedondong masa kecik dulu tapi rasanya nak kena tukar nangka pulak kot...haha.

Ni kes buli nak bagi sesuai dengan nama Koreanya iaitu Myeongdong...hihi.

Nak tgk video dan aktiviti Myeongdong lagi? Boleh tengok di sini yer...

#kucingsaya #kucingkesayangan #buahhati #sayangmyeongdong #koreanname #MyCatNameMyeongdong

16 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...