Assalamualaikum dan salam sejahtera,
dah lama sebenarnya niat nak create blog ni tapi masa dan situasi mungkin tidak mengizinkan kot sebelum ni.
tapi hari ni ditakdirkan lahirnya sebuah blog bernama Hati Mamaz.
mungkin ramai yang pelik ape tu Mamaz? nama ke panggilan?
sebenarnya cantuman dari nama dan panggilan,hehe...
mungkin anak aku akan mengomel kerana berkongsi cerita ni dengan u all...
tapi ini memang hakikat hidup aku sekarang, aku telah berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai seorang anak perempuan.Oleh itu aku adalah salah seorang yang mempunyai title yang ada pada title post ni.
So aku telah dikurniakan darjah kebesaran yang membawa panggilan Mama tetapi anak aku ni ramai sgt nk meng'angkat' dan mak kandung die pn mempunyai panggilan yang sama so deme ni bagi satu gelaran khas untuk tidak mengkonfiuskan perbualan mereka maka jadilah Mama + Maz = Mamaz.
Tapi hari ni hati aku rasa sgt tersentuh bila baca berita mengenai kanak-kanak 3 tahun mati didera(utusan), budak mati ada 73 kesan dera (Metro), Kanak-kanak perempuan mati didera IBU TIRI (Kosmo). Gambar tak dapat diup load kerana ada masalah teknikal sikit dengan komputer ofis aku ni. Bersambung mengenai cerita ni,selalunya aku cari sudut yang positif yang boleh menyebabkan benda ni berlaku tapi dalam kes ni aku tak boleh nak cari sebab munasabah seperti mempertahankan diri dari budak 3 tahun ke, kemalangan ke, atau apa yang boleh diterima akal lah kan? apa yg mampu anak kecil itu lakukan kepada dia? aku terfikir mcmana la wanita ni boleh tergamak melakukan anak kecil seperti itu?
Seperti yang aku katakan, aku juga mempunyai title itu tapi aku tak pernah rasa nak buat anak aku mcm tu?
setakat marah sebagai mak yang ingin membimbing dan mendidik tu adalah sekali sekala. Kalau boleh aku nak tgk anak perempuan ku berjaya dalam hidup,mendapat biasiswa belajar di luar negara kerana cemerlang,mendapat pekerjaan yang baik, mendapat suami yang baik mcm papa die ;-) pendek kata kehidupan yang lebih baik dari aku. Aku tak nak orang caci,maki dan hina dia...biarlah dia dipuji sebagai isteri,menantu,adik ipar yang terbaik bak kata orang, wanita yang sempurna walaupun mama dia ni tak dapat menjadi ibu dan isteri yang sempurna. Moga Allah SWT memakbulkan doa ku itu...Amin.
Oleh itu, aku rasa bukan Ibu Tiri yang bersalah tetapi hati wanita yang telah hilang sifat keibuannya itu.
Tak semua ibu tiri mcm tu malah ibu sendiri pun sekarang ada yang lebih teruk dari ibu tiri.
Ya Allah, hindarilah hati ku ini dari menjadi orang yang tidak berperikemanusiaan dan lindungilah kami sekeluarga dari orang-orang sedemikian. Amin Yarabbal'alamin...
Sekian sahaja untuk post pertama ini mengenai luahan rasa salah seorang yang mempunyai title tersebut.
No comments:
Post a Comment