Sunday, January 15, 2012

Pinggan Merah Kurangkan Selera

Satu Kajian yang dijalankan oleh ahli akademik Jerman dan Switzerland, makan mengunakan pinggan berwarna merah akan membantu mengurangkan jumlah makanan yang dimakan.

Saintis mendakwa warna merah mungkin mengalakkan mereka kurang makan kerana ia sering dikaitkan dengan keadaan bahaya, berhenti dan larangan. dalam kajian tersebut, 41 pelajar lelaki diminta minum teh dari cawan dilabel dengan warna merah dan biru. Mereka didapati kurang minum sebanyak 44% dari cawan berlabel merah.
 
Dalam bahagian kedua kajian tersebut, 109 orang dihidangkan roti pretzel menggunakan pinggan berwarna merah, biru atau putih. Mereka yang mendapat pinggan berwarna merah hanya makan sedikit berbanding yang lain.

sumber: Utusan Malaysia Sisipan Luar Negara (Isnin, 16 Januari 2012)

6 comments:

  1. owhh betul ker neh..??wahh kalo agak-agak nak diet leh la guna pinggan merah kann...

    tapiiiiiiiiii kalo macam cnn yg buruk lantak neh ghasernyer tak lut kot..letaklah pinggan kaler haper ponn sure bertambah jugak makan..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tula pasal...i rs dlu2 masa kecik biasa je kt kantin atau kt mane2 kedai makan bg pinggan plastik warna merah kn?

      Delete
  2. nampaknya lepasni kena mkn dlm pinggan merahlah saya..nak kuruskan badan nie..heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni laku la pinggan warna merah di pasaran...

      Delete
  3. ooo ye? lepas bersalin ni boleh la amalkan makan dalam pinggan colour merah..cepat sikit kurus...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...mcm anak dara blik la nti...hehe...
      moga semuanya selamat ye...nk jd mak angkat leh?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...